Menghadiri Event Google Cloud On Board KL 2018

Memandangkan saya telah pun menutup blog English saya dan fokus kepada blog Melayu sahaja, makanya saya kena membuat update blog ini.

Pada bulan lepas, saya telah menghadiri satu event kelolaan Google iaitu Google Cloud OnBoard KL 2018. Saya sememangnya peminat produk-produk Google jadinya memang saya tak lepaskan peluang untuk hadir ke acara ni. Event ini diadakan di Connexion Conference & Event Centre at Nexus yang mana ini kali pertama saya pergi ke lokasi tersebut.

Menariknya, tak sempat sehari selepas acara tersebut berakhir, Google Photos yang saya sync semua gambar-gambar serta video-video di handphone saya telah pun membuat video highlight daripada hasil upload. Memang superb produk-produk Google ini, tengoklah hasilnya:

Google Cloud OnBoard KL 2018 daripada Google Photos. KLIK DI SINI.

Connexion@Nexus
Lokasi acara ini mempunyai tempat letak kereta yang terhad (mungkin di section yang saya masuk, ada beberapa lagi section lain yang boleh park rasanya). Kalau ada apa-apa event, jangan lupa validate tiket untuk mendapat harga parking yang fixed kalau tak bersedialah untuk berbelanja belasan ringgit kalau parking lama-lama.

Saya di dalam Dewan ketika break selepas makan tengahari

Voucher kursus percuma daripada Google. (Kalau la saya masih muda..)

Antara Speaker di dalam Acara ini

Demo berkenaan Neural Network

Machine Learning

Training Manual (Online Version) bagi yang berminat

Kisah MUV: Sebuah syarikat yang mengendalikan penjualan kereta terpakai

Makanan tengahari yang telah di'tapau'kan oleh pihak penganjur..Sedap!!

Speaker sedang bercerita di atas pentas

Nama speaker yang mempunyai French accent ini

Certification yang disediakan oleh Goole

ChatBot daripada DiGi

GoJek daripada Indonesia juga menggunakan Google Cloud Platform

Antara pelanggan-pelanggan Google Cloud di seluruh dunia

Fakta menarik daripada Google Cloud

Gambar panorama ini di stitch oleh Google Photos..boleh cuba sendiri..

Matlamat Google serta 7 produk utama Google dengan pengguna berjumlah 1 billion pengguna

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia 

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia sedang memberikan ucapan

Sijil penyertaan dan T-shirt Google Cloud sebagai tanda penghargaan.

Banyak perkara saya dapat belajar daripada event ini. Kalau ada rezeki lagi di masa hadapan saya sudah semestinya akan turut serta lagi. Jangan lupa email subscribe ke blog JayHemSem ok?

Klik di sini untuk melihat album penuh acara ini.

You Might Also Like

0 komen