Ahad, 7 Januari 2018

Trip 2 Hari Ke Negeri Kedah Darul Aman (Sept 2017)

Pada awal bulan September 2017, saya dan keluarga berkesempatan membuat satu trip pendek ke Kedah. Sebenarnya nak ambil mak saya yang kebetulan berkunjung ke rumah makcik saya bertempat di Yan kemudian nak bawak balik KL. Jadinya perjalanan bermula.

Hotel tempat kami bermalam di Kuala Kedah.

Suasana di lobi Hotel Leverage

Check-in di Hotel Leverage Kuala Kedah
Hotel ni menarik jugak, cuma yang lagi menariknya kalau pasangan baru kahwin ke dah lama kahwin ke nak rasa tempat best untuk honeymoon ringkas, boleh la check-in hotel ni. Dia punya bilik air pintu kaca, walaupun dia blur sebab tinted tapi masih boleh nampak bayang. Kalau anak-anak dah besar bahaya woo tidur sekali kat sini..wakaka..

Ni bengkel kereta pakcik saya terletak di Kampung Permatang Buluh, Kuala Sala, Yan, Kedah. Bengkel kampung jer.

Pekena sat Nasi Lemak Royale buat sarapan.
 
Pergh dia punya kuah cedok..memang paduu..

Dah tak sabar nak makan ni..nyam nyam..

Petangnya waktu nak gerak balik ke KL, sempat lagi pergi satu lagi lokasi makan yang belum pernah dicuba:

Gambar di depan Kedai Laksa Ikan Sekoq. Lokasinya boleh klik di sini.

Muka kegembiraan makan laksa yang Perghhh!! Thorbaek Bak Hang!!

Masing-masing muka puas hati dah pekena laksa yang sedap

Bukan sahaja laksa je ada, Cendol Durian apa bagai semua ada..meleleh air liur tengok balik blog post ni...aiyaa

Dr Azizan Richworks pun ada jugak bergambar di sini
Sebenarnya ada lagi satu tempat yang laksa dia memang tersangat best, susah sebenarnya bila isteri peminat tegar laksa ni. Habis semua tempat laksa sedap semua nak try..ekeke..tapi yang penting bila perut kenyang, hati pun ada sikit senang la kan? Hahaha..

Sehingga bertemu lagi ni blog post yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...