Menghadiri Konvokesyen Tadika Permata Kemas Dato' Onn Menara LPP (Nov 2017)

Rasanya seingat memori saya, saya hanya konvokesyen sekali jer iaitu waktu terima Diploma. Selepas daripada tu dah tak pernah dah. Waktu sekolah dulu di MRSM hampir-hampir dah konvo tapi gagal sebab tak sampai 2 pointer. Mujur jugak la SPM dapat jugak la Pangkat 1, dulu-dulu punya cerita lah.

Tahun 2018 adalah tahun ke-3 keluarga saya bersama Taska Permata Kemas Dato' Onn (Menara LPP). Budak-budak sekarang ni zaman tadika lagi dah ada konvo dan majlis pulak bukan buat calang-calang woo..tengok la gambar dengan video-video di bawah:

Budak terlebih ligat menerima hadiah

Ada sedikit aksi konfius di situ. TONTON VIDEO

Dia bolot terus mikrofon kat dia sorang

Anak siapa la yang begitu selamberia teruja nak buat persembahan tu? TONTON VIDEO

Entah apa la yang minat sangat dengan mikrofon tu. TONTON VIDEO
Begitulah gelagat dan suasana sekitar konvokesyen Tadika Permata Kemas Dato' Onn pada November 2017 yang lepas. Semoga anda terhibur!

You Might Also Like

0 komen