Lawatan Sehari ke Batu Kurau Perak (Nov 2017)

Pada 18 November 2017 yang lepas, keluarga kami berkesempatan untuk membuat kunjungan ke satu lokasi yang unik bagi membuat satu kajian mengenai 'Melayu Patani' yang telah pun dilaporkan laporannya bagi tugasan sebagai seorang pelajar (isteri saya) Pasca Siswazah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam. Saya macam biasa bertugas sebagai penjaga budak-budak dan pemandu dalam tugasan ini. Tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab fon asyik kena kebas dengan anak-anak yang sibuk nak main game.

Pertemuan dengan YB Pak Lang (Abang Ustaz Kazim Elias)
Tak tahu pulak pelakon Zul Yahya ni dah jadi Ustaz

Arena Batu Kurau

Kunjungan ke salah sebuah rumah penduduk daripada Melayu Patani di kawasan Kampung Ayer Jerneh

Budak-budak ni nak jugak naik atas beranda rumah ni

Memang tak pernah berhenti daripada bermain dan membuat aksi budak-budak ni.
TONTON VIDEO.
Dah sampai ke Kampung Ayer Jerneh ni, rupanya kampung ni tempat mak dan bapa mertua saya pernah tinggal pada zaman dahulu kala dan ada saudara mara dekat tinggal di sini. Kebetulan pula..


You Might Also Like

0 komen