Ahad, 28 Januari 2018

Bertukar Daripada Tayar Jenama Silverstone Synergy M5 ke Jenama Viking Protech PT5

Memiliki kereta merupakan satu keperluan yang juga melibatkan kos yang akan mengambil bahagian yang agak besar di dalam pengurusan kewangan bulanan seseorang yang berstatus makan gaji. Anda memerlukan dana tambahan apabila tiba keadaan yang tidak disangka-sangka.

Bagi mereka yang memiliki kereta, anda sepatutnya sudah tahu jangka hayat bagi sesuatu komponen pada kereta anda. Dalam contoh blog post ini, komponen yang saya maksudkan adalah tayar. Tayar depan adalah lebih penting daripada tayar belakang jadinya kalau tayar depan anda sudah botak tapi tayar belakang masih elok, satu cadangan adalah 'rotate' tayar kereta anda. Kalau tak pandai, tak reti atau malas nak buat sendiri, hantar sahaja ke kedai tayar bayar upah RM5 tapi lagi bijak kalau cakap je nak buat balancing tayar sambil rotate kan.

Tahun 2017, masuk tahun ke-3 usia kereta saya jadinya tanda-tanda penuaan komponen telah pun muncul. Kebiasaanya jangka hayat tayar kereta sekitar 2 tahun sahaja tapi kalau tengok secara fizikal masih okay, boleh la pakai lagi untuk tahun ke-3 tapi kalau anda ada modal atau memang mementingkan keselamatan, genap je 2 tahun terus tukar jer tayar kereta anda. Cuba tengok tayar depan kereta Perodua Alza saya ni:

Rekahan pada sisi tepi tayar
Bahaya penggunaan tayar yang mempunyai rekahan ni adalah anda tidak akan tahu bila tayar ini akan pecah, mungkin bila-bila masa sahaja. Sisi tepi tayar ni pulak takde perlindungan wayar dalaman tayar tu menurut abang ipar saya yang merupakan jurutera kualiti di kilang Perodua. Nak tak nak, di waktu-waktu beginilah dana tambahan perlu digunapakai supaya keselamatan lebih terjamin.

Di kawasan pejabat saya, saya sentiasa nampak satu signboard kedai tayar ni yang menunjukkan jenama Viking. Sebenarnya saya hanya mempunyai prinsip yang mana saya hanya akan percaya kepada cuma beberapa bengkel sahaja untuk hantar kereta repair. Tapi kali ini saya pusing punya pusing satu kawasan kedai di Bandar Putra Permai tempat saya selalu makan, saya nampak satu bengkel ni nampak macam boleh percaya jadinya saya pun cuba je la masuk tanya.

Bengkel Kereta AutoHaus KL, Bandar Putra Permai
Sebab saya tinggal di KL tapi kerja di Selangor, perkataan KL tu menarik minat saya.

Koleksi simpanan tayar di AutoHaus KL
Sampai sahaja di bengkel ni, saya disambut mesra oleh mekanik muda yang bekerja di bengkel ni. Beliau kemudian meminta saya isi borang pendaftaran sambil buat pemeriksaan kereta sikit, beliau tunjuk senarai harga tayar dan promosi yang ada di bengkel ni. Saya sebenarnya takde pulak buat research sebelum beli tayar, tapi disebabkan pengaruh nama tersebut, saya pun buat keputusan ambil je ditambah lagi dengan harga sebiji tayar baru jenama Viking ni cuma RM140, lagi murah daripada tayar kereta Viva jenama Hankook (RM150) yang saya belikan untuk kereta Viva saya di bengkel berdekatan rumah saya.

Setelah hampir sejam menunggu di ruang menunggu open air yang selesa di perkarangan bengkel ini, akhirnya siaplah kerja-kerja penukaran tayar baru daripada jenama Silverstone Synergy M5 yang datang standard dengan pembelian kereta baru Perodua Alza kepada VIKING ProTech PT5. Saya cuma tukar sepasang tayar kereta depan saya je sebab pasangan tayar belakang saya masih lagi okay. Cuma kalau tanya rekomen saya, lebih baik tukar jer keempat-empat tayar lagi senang. Viking ni rupanya ada kaitan dengan jenama Continental tapi range product pertengahan katanya.

Bergaya dengan tayar baru Viking Protech PT5
Kalau nak survey harga tayar, jenis-jenis dan kat mana nak beli tayar-tayar berkualiti tinggi, anda boleh berkunjung ke Lazada di ruangan Wheels & Tyre Installations. Selamat memandu dan sentiasa pentingkan keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.


Bengkel Boneka Kanak-kanak (Fakulti Teater ASWARA) Dec 2017

Pada 16 Disember 2017, Fakulti Teater ASWARA telah menganjurkan satu Bengkel Boneka Kanak-kanak. Bengkel 2 hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana untuk membuat boneka dan seterusnya membuat persembahan menggunakan boneka tersebut.

Terlebih fotogenik la pulak budak ni

Maklumat Bengkel Boneka Kanak-kanak

Guru-guru dan peserta bertungkus lumus menyiapkan boneka buatan sendiri serta prop bagi sesi persembahan

Selesai sahaja bengkel pada petang hari, saya dan keluarga keluar menaiki tren MRT menuju ke Bukit Bintang. Rupanya memang keluar terus depan Lot 10, memang best!

Ada jer la posingnya

Teruja naik tren MRT

Pelbagai ragam dan gaya keluarga Jay

Sabtu, 27 Januari 2018

Trip 1 Hari ke Bandaraya Melaka (Dec 2017)

Antara kelebihan kerja makan gaji adalah kita boleh menumpang kemudahan yang disediakan oleh pihak majikan (dengan kebenaran la sudah semestinya). Kalau kerja sendiri biasanya kita kena keluarkan duit poket sendiri kan? Jadinya pada bulan Disember 2017, isteri saya dapat peluang menghadiri sesi mesyuarat yang diadakan di Imperial Heritage Hotel yang terletak betul-betul di tengah Bandaraya Melaka, cuba tengok gambar saya di bawah:

Buka jer tingkap terus nampak Dataran Pahlawan

Ada jer la aksi budak-budak ni

Tak larat nak layan, pantang nampak orang nak ambil gambar jer mula la
TENGOK VIDEO

Bergambar di Muzium Kapal Selam

Tengok daripada luar jer tak masuk dalam sebab nak jimat duit..haha

Bagus la Google Photo ni, dia boleh auto-stitch kan 2 gambar jadi panorama
Apa pun, Melaka memang tempat best untuk jalan-jalan dan pergi banyak tempat yang sangat menarik.

Bersantai di Konvokesyen ASWARA (Nov 2017)

ASWARA adalah merupakan rumah ke-2 kepada keluarga saya. Jadinya apabila ada sebarang acara rasmi seperti konvokesyen, memang saya dan askar-askar akan turun memeriahkan acara. Lagipun dah memang isteri saya kena bertugas pun jadinya ambil kesempatan sekali la..haha..Cuma yang peliknya saya ni seorang yang takut nak naik pentas, tapi anak-anak saya ni selamberia la pulak. Ikut maknya kut.

Pantang nampak pentas jer mesti nak naik budak berdua ni

Berselfie melfie di depan pentas sambil menengok gelagat budak-budak
yang banyak sangat tenaga tak tahu datang daripada mana
Video kat bawah ni saya ambil guna FB Live, tapi dah download dan upload semula kat YouTube sebab FB punya video ni rasa macam kurang best la platform diorang. Lagi pun ada perasan tak kalau tengok atau buat FB Live video dia macam tak berapa stabil, tak macam YouTube live, kan?


Cuba tengok pada minit ke-11.15, student ASWARA ada nyanyi satu lagu ni. Saya tak pernah dengar lagu ni tapi lagu sangat pelik tapi ramai betul peminatnya. Ianya menginatkan saya kepada lagu daripada sorang penyanyi namanya Desiigner bertajuk Panda. Mungkin generasi baru ni taste diorang dah berlainan daripada generasi yang dah semakin lama ni..haha..

*Edit: Lepas buat sedikit research tu pun lepas tengok ada satu avatar foto superimpose guna kamera Apps FB Messenger yang budak-budak ni main, baru tahu lagu yang diorang nyanyi ni tajuk dia 'Mans Not Hot' penyanyi dia nama Big Shaq...Hahahahaha..

Apa pun, kalau acara menarik yang dianjurkan oleh ASWARA, anda mesti datang join ok?

Jumaat, 26 Januari 2018

Menghadiri Hari Anugerah Tadika Cahaya Ummi (Nov 2017)

Hari Anugerah TCU telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi pada 19 November 2017. Berikut adalah gambar-gambar dan video persembahan yang sempat dirakamkan:

Barisan kanak-kanak TCU di atas pentas sebelum persembahan

Persembahan Labah-labah oleh Kanak-kanak 5 Tahun
TONTON VIDEO PENUH

Anak saya menerima anugerah pelajar cemerlang.
Semua kanak-kanak dapat anugerah dalam kategori mereka sendiri

Mengambil gambar kenang-kenangan beramai-ramai
Sekejap betul tengok kanak-kanak ni membesar padahal tak sedar diri semakin tua. Apa pun, semoga mereka semua menjadi insan yang cemerlang untuk negara kita kelak.

Lawatan Sehari ke Batu Kurau Perak (Nov 2017)

Pada 18 November 2017 yang lepas, keluarga kami berkesempatan untuk membuat kunjungan ke satu lokasi yang unik bagi membuat satu kajian mengenai 'Melayu Patani' yang telah pun dilaporkan laporannya bagi tugasan sebagai seorang pelajar (isteri saya) Pasca Siswazah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam. Saya macam biasa bertugas sebagai penjaga budak-budak dan pemandu dalam tugasan ini. Tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab fon asyik kena kebas dengan anak-anak yang sibuk nak main game.

Pertemuan dengan YB Pak Lang (Abang Ustaz Kazim Elias)
Tak tahu pulak pelakon Zul Yahya ni dah jadi Ustaz

Arena Batu Kurau

Kunjungan ke salah sebuah rumah penduduk daripada Melayu Patani di kawasan Kampung Ayer Jerneh

Budak-budak ni nak jugak naik atas beranda rumah ni

Memang tak pernah berhenti daripada bermain dan membuat aksi budak-budak ni.
TONTON VIDEO.
Dah sampai ke Kampung Ayer Jerneh ni, rupanya kampung ni tempat mak dan bapa mertua saya pernah tinggal pada zaman dahulu kala dan ada saudara mara dekat tinggal di sini. Kebetulan pula..


Selasa, 23 Januari 2018

Lawatan ke ASE Gallery di Bandar Puncak Alam (Nov 2017)

9 tahun yang lalu ketika UiTM Puncak Alam sedang dalam pembinaan, saya telah berkesempatan ke kampus baru tersebut kerana terlibat secara tidak langsung dalam proses pembekalan peralatan ICT dan sistem pengurusan fasiliti yang dipasang di sana.

Gambar-gambar 9 tahun lepas di UiTM Puncak Alam. FOTO GALERI
9 tahun kemudian, saya masih lagi berkunjung ke UiTM Puncak Alam kerana terlibat dengan pengurus sistem yang masih lagi digunapakai di sana dan masih lagi giat dalam usaha mencari peluang perniagaan yang berkaitan.

Pada 10 November 2017 yang lalu, kebetulan pula isteri saya ntah macam mana telah berkunjung ke Bandar Puncak Alam atas urusan assignment jadinya saya pun ntah macam mana terjoin sekali kunjungan ke ASE Gallery yang terletak di Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam.

Anda boleh membaca Shukri Elias Blog untuk mendapatkan info-info tambahan.

Di dalam premis galeri En. Shukri Elias

En Shukri Elias sedang memberikan sepatah dua kata

Berselfie di dalam ASE Gallery

Berselfie dengan isteri di ASE Gallery
Dengar khabar katanya En. Shukri Elias kurang sihat buat masa ni. Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan karya-karya beliau yang sangat unik dan bermutu tinggi.

Isnin, 22 Januari 2018

Menghadiri Konvokesyen Tadika Permata Kemas Dato' Onn Menara LPP (Nov 2017)

Rasanya seingat memori saya, saya hanya konvokesyen sekali jer iaitu waktu terima Diploma. Selepas daripada tu dah tak pernah dah. Waktu sekolah dulu di MRSM hampir-hampir dah konvo tapi gagal sebab tak sampai 2 pointer. Mujur jugak la SPM dapat jugak la Pangkat 1, dulu-dulu punya cerita lah.

Tahun 2018 adalah tahun ke-3 keluarga saya bersama Taska Permata Kemas Dato' Onn (Menara LPP). Budak-budak sekarang ni zaman tadika lagi dah ada konvo dan majlis pulak bukan buat calang-calang woo..tengok la gambar dengan video-video di bawah:

Budak terlebih ligat menerima hadiah

Ada sedikit aksi konfius di situ. TONTON VIDEO

Dia bolot terus mikrofon kat dia sorang

Anak siapa la yang begitu selamberia teruja nak buat persembahan tu? TONTON VIDEO

Entah apa la yang minat sangat dengan mikrofon tu. TONTON VIDEO
Begitulah gelagat dan suasana sekitar konvokesyen Tadika Permata Kemas Dato' Onn pada November 2017 yang lepas. Semoga anda terhibur!

Jumaat, 12 Januari 2018

Percutian Keluarga ke Langkawi (Oktober 2017)

Pada 14 Oktober yang lalu, bermulalah episod percutian keluarga sekali lagi. Rasanya macam dah banyak pulak percutian tahun ni, tapi bila kita kita bekerja keras, cuti pun kena la kerap juga..betul tak? Hahaha..

Dalam Uber kereta MyVi menuju ke KLIA. Masuk je kereta, budak-budak terus lentok.
Cas Uber sebenarnya lagi murah daripada naik tren, sebab saya pilih Uber adalah kerana Uber kira sekali cas tol sekali tak macam Grab, jadinya bajet dah fix tak berubah.

Check-in luggage di KLIA 1
Dah lama tak pergi ke KLIA 2 sebab dah lama tak naik AirAsia. 😜

Di dalam gate nak naik kapal terbang

Di dalam flight Malindo Air. KLIK DI SINI untuk menonton video.

Makin tua makin banyak selfie pulak

Bila duduk kat tepi tingkat sebelah sayap, boleh nampak flap kecik kapal terbang guna untuk jadikan 'brek angin'.

Dah selamat mendarat di Langkawi. Kali terakhir datang sini tahun 2013 dulu attend Exhibition LIMA.

Pintu masuk Ketibaan Dalam Negeri

Kereta sewa RM60 sehari. Jadilah kan?
Kalau nak sewa, boleh roger2.

Cattleya Inn, lepak kat hotel bajet dulu 1 malam.
Bestnya hotel bajet ni, katil dia ada kelambu ala-ala honeymoon. Cuma dinding memang kayu-kayan la, kalau nak honeymoon hebat

Makan nasi tengahari di Kak Yan Nasi Campur. Memang terbaik lauk dia..banyak dan sedap.
Kalau nak pergi boleh tengok di Google Map. >>KLIK DI SINI
Kat Restoran Kak Yan ni kitorang cuba lauk ketam masak lemak. Fuhhhhhh....memang best giler wehh..

Dah kenyang, kita pegi ke Rumah Terbalik Langkawi (Upside Down House Langkawi)
Google Map >> KLIK DI SINI

Ada kereta terbalik kat luar. Ini free je nak bergambar atau tengok, nak masuk je kena bayar.

Wife tengah bayar tiket nak masuk. Dah sampai takkan tak nak masuk pulak kan?

Pintu depan nak masuk dalam

Ada pulak moto skuter limo style

Kelam kabut nak masuk dalam rumah terbalik ni.
KLIK DI SINI untuk tengok video

Bergambar kenangan

Ruang dalaman dapur

Meninjau persekitaran dalaman rumah terbalik ni.
KLIK SINI untuk tengok video

Nampak real tak gambar ni? Tapi tak clear la pulak

Ni stail senget pulak

Malamnya kami makan di Sea Shell Restaurant, tempatnya lampu tak banyak lepas tu atas sawah padi so memang gelap.
Lokasi restoran tu DI SINI.

Habis makan, ronda di area Pantai Chenang lepas tu tempah
tiket island hopping esok paginya di ejen dalam gambar ni
Kami pun balik hotel, takde pulak gambar hotelnya terlupa nak snap. Malam ke-2 kami berpindah ke hotel yang lebih best iaitu di Dayang Bay Resort. Pagi esoknya dah kena bersiap sedia nak naik bot, parking kereta betul-betul depan kedai tempat beli tiket semalam lepas tu tunggu van angkut nak ke jeti sampai. Tak snap gambar sangat sebab handphone dah kena kebas dengan anak sibuk nak tengok kartun diorang kat YouTube. Line 4G kat Langkawi ni guna Maxis laju je takde masalah.

Kat tepi jeti tunggu bot

Gambar dalam dalam speed boat

Kat background ni katanya tempat apa ntah, tak ingat pulak
apa benda yang brader bawak boat tu duk bagi penerangan.

Gambar kenang-kenangan bersama isteri tercinta

Persinggahan pertama: Dayang Bunting Marble Geoforest Park

Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Masuk sini kena bayar sikit.
Jangan tak bawak duit pulak kalau datang sini.

Formasi Chuping: cerita pasal batu

Oh noe! FREE SHOW
Tengah duk termengah-mengah jalan naik tangga dengan dukung anak sekali, sekali tu ternampak aksi PANAS ni. Padahal duk tengah ramai-ramai orang tu sempat lagi (yang aku pulak sempat pulak duk snapnya..hahaha). Kamerafon murahan so gambar pun goyangan lahh..hahaha..

Kemengahan turun tangga

Sampai la kita ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi

Kat belakang tu namanya Solar Boat.
Memang sentiasa akan dengar nama tu kat sini, famous woo..

Bayar RM30, naik Solar Boat beramai-ramai

Video ucapan di atas Solar Boat >> KLIK DI SINI
Disebabkan berusaha gigih nak seberang tasik ni lepas tu patah balik, bertambah mengah nak kayuh patah balik sebab nak kena kejar masa timing nak naik boat pergi tempat lain pulak time tu 11.30am. Mujur sempat gak berkejar ke speed boat on time. Fuhhhh....

Tempat burung helang makan

Timing memang cantik..TENGOK VIDEO burung helang tengah terjun ambil makanan depa

Ahhh..pencucian mata sedang berlangsung *wink *wink

Anak 2 orang tengah sedap tido dalam air cond kereta sementara mak bapaknya menikmati Rojak Hafiz

Pemandangan di Pantai Kok
Tak sempat nak naik kereta kabel jadinya kitorang cuma ronda kat sekitar kawasan kereta kabel dan kawasan Air Terjun Telaga Tujuh. Nak balik semula Kuah, kitorang ikut jalan jauh ronda buat satu pusingan di bahagian belakang Pulau Langkawi, lalu dekat Pantai Pasir Hitam, dekat sejam jugak la drive kasi lenjan kereta Viva Elite warna biru ni. Besar rupanya Pulau Langkawi ni..Budak-budak duduk kat tempat duduk belakang tido tak ingat dunia.

Makan malam di Nasi Ayam Rose
Bengang dengan kedai ni sebab dah order tapi tak sampai-sampai so tak nak letak link kasi promo. Dah komplen baru la terhegeh nak dapat makanan, bila perut sudah lapar memang emosi tak stabil.

Sarapan pagi di restoran Dayang Bay

Rasanya budak-budak yang lagi seronok daripada mak bapak budaknya..huhu
TENGOK VIDEO

Dayang Bay Resort

Selfi di hadapan Dayang Bay Resort

Underwater World Langkawi

Kaunter tiket Underwater World Langkawi

Selfie di Underwater World Langkawi

Video keterujaan di Underwater World Langkawi
TENGOK VIDEO

TENGOK VIDEO ikan apa nama ntah tahu tahu

TENGOK VIDEO ikan dalam akuarium

5 Jenis Ikan Air Tawar

Burung pun ada kat sini

Ikan Kelisa

TENGOK VIDEO show Anjing Laut

TENGOK VIDEO keterujaan tengok anjing laut berenang

Penguin Show

Bergambar sebelah Penguin

TENGOK VIDEO taklimat berkaitan Penguin

Selfie dalam Underwater World

TENGOK VIDEO Lagu SpiderCrab

Tahukah anda Ikan Yu Batu Karang Blacktip memelihara anak-anak mereka sehingga 16 bulan?

TENGOK VIDEO Ikan Yu Berenang-renang

TENGOK VIDEO ada macam-macam ikan dan penyu besar

TENGOK VIDEO Ikan Nemo

Obor-obor
Dah habis tengok segala makhluk dalam air dan lautan, keluar-keluar je terus jumpa kedai membeli-belah.

MURAH GILER!! Rugi saya pegi beli awal-awal kat kedai RAM, kat RAM harga sebungkus RM16.80.
Dah la beli banyak dah ARGHHH!!

MURAH GILER JUGAK!! Daim ni pun kat sini murah...nyesal beli awal-awal
Dah la park kereta kat luar Underwater World tu tempat parkingnya tengah panas sikit. Mujur coklat yang dah beli simpan dalam luggage baju kepanasan dia tak melampau, kalau tak rugi bawak balik rumah coklat cair..huhu..Tapi serius, kenapa takde orang bagitahu kat Underwater World ni shopping kompleks dia coklat murah???

Sempat lagi pusing-pusing Langkawi. Tengok TubeOtel ni.

TubeOtel: Kalau datang honeymoon tanpa anak-anak boleh la berjimba kat sini.
2 isu di sini: bilik air kena kongsi macam kat asrama lepas mahal lak tu satu malam rate tempat ni.

Kembali ke lapangan terbang. Parking kereta Viva, tinggalkan kunci dalam dashboard dan tiket parking.

Adios Pulau Langkawi

Bersedia untuk berlepas dengan Malindo Air

Di Dalam Uber kereta Honda Jazz menuju balik ke rumah di tengah malam
Begitulah laporan percutian keluarga saya ke Langkawi ni. Kalau ada rezeki lagi, sudah semestinya saya akan kembali lagi ke Langkawi. Memang banyak betul la tempat kat Langkawi, rasanya seminggu duduk pun tak habis nak melawat semua tempat.

Semoga anda pun terhibur dengan gambar-gambar dan video yang saya kongsikan ni.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...