Kembali ke Balik Pulau, Pulau Pinang (Jun 2013)

Aduhai, entri ni dah terlewat hampir setahun. Haiyaa..

Aku merupakan bekas pelajar MRSM Balik Pulau batch 97/98. Pada tahun 1998, sekolah kitorang didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan dari luar negara. Waktu tu memang kecoh la, yerlah awek luar negara sorang dari England sorang dari Ireland, bebudak lelaki semua memang duk wusha jer la. Kelas aku waktu tu pulak dikenali sebagai kelas terer English (aku ni takde ler terer bercakap, menulis tu mungkin boleh lagi kut) jadinya salah seorang daripada diorang ni jadi macam mentor la kepada kami-kami ni. Aku pulak sememangnya jenis berprofil rendah ni lagi la sapa nak pandang pun.

Apa pun, aku ni walaupun sebagai seorang yang berprofil rendah, aku tetap sokong segala aktiviti yang dijalankan walaupun aku berada sebagai peramai majlis atau berada di belakang tabir jer. Tak reti la aku nak berlakon sebagai berprofil tinggi, mungkin dah jiwa aku suka untuk tidak menjadi perhatian ramai. Apa pun, upacara membuka kapsul masa telah dijalankan dan semua batch aku dijemput hadir dalam upacara yang ditunggu selepas 15 tahun.

MRSM Balik Pulau: Time Capsule Countdown

22 June 2013

Majlis besar-besaran

Bersama classmate tengok kelas lama

Pintu masuk kelas lama

Kelas waktu tingkatan 4

Majlis makan tengahari

Padang MRSM Balik Pulau
Dah setel event di MRSM Balik Pulau, pergi minum petang pulak. Akhirnya kesampaian jugak hasrat untuk makan Laksa Janggus Balik Pulau setelah beberapa tahun berkunjung tetapi tutup disebabkan oleh Hari Raya.

Laksa Janggus Balik Pulau

Laksa sudah siap terhidang

Durian Musang King Balik Pulau

Hotel Penginapan kami di George Town Penang

Bilik di Old Penang Hotel
Selesa jugak la duduk kat hotel ni walaupun bilik agak kecil.

Ghani Pasembur
Malamnya kami makan di satu food court berdekatan dengan hotel (2 km jugak dekat tak dekat pun). Ingatkan best sangat Pasembur ni, rupanya tak berapa best pun.

Sarapan di SlowRock Cafe berhadapan dengan Hard Rock Cafe

Bangunan UMNO yang tiang telekomunikasinya jatuh hari tu

Selfie anak-beranak di Penang Time Square

Naik feri Pulau Angsa

1st time naik feri yang ada tempat duduk kat tempat kereta

Selfie anak-beranak lagi sekali di atas Feri

Singgah UiTM Permatang Pauh jap jumpa adik
Begitulah sedikit sebanyak kisah perjalanan 2 hari 1 malam kami sekeluarga ke Penang.

You Might Also Like

1 komen