Sabtu, 19 Mei 2018

Jemputan Untuk Menjadi Ahli JayHemSem Elite


JayHemSem Elite adalah satu membership PERCUMA di mana anda akan dapat mendapat akses kepada maklumat berikut:

  1. Anda akan mendapat jemputan untuk join FB Group JayHemSem Elite.
  2. Di dalam FB Group JayHemSem Elite, anda boleh menonton video-video khas yang saya hasilkan sendiri meliputi subjek seperti digital online business, network marketing, crypto-currency dan online trading.

Untuk join group ini tersangatlah mudah, hanya masukkan alamat email anda di kotak form di bawah dan anda akan mendapat email panduan daripada saya.

Ahad, 13 Mei 2018

Menghadiri Event Google Cloud On Board KL 2018

Memandangkan saya telah pun menutup blog English saya dan fokus kepada blog Melayu sahaja, makanya saya kena membuat update blog ini.

Pada bulan lepas, saya telah menghadiri satu event kelolaan Google iaitu Google Cloud OnBoard KL 2018. Saya sememangnya peminat produk-produk Google jadinya memang saya tak lepaskan peluang untuk hadir ke acara ni. Event ini diadakan di Connexion Conference & Event Centre at Nexus yang mana ini kali pertama saya pergi ke lokasi tersebut.

Menariknya, tak sempat sehari selepas acara tersebut berakhir, Google Photos yang saya sync semua gambar-gambar serta video-video di handphone saya telah pun membuat video highlight daripada hasil upload. Memang superb produk-produk Google ini, tengoklah hasilnya:

Google Cloud OnBoard KL 2018 daripada Google Photos. KLIK DI SINI.

Connexion@Nexus
Lokasi acara ini mempunyai tempat letak kereta yang terhad (mungkin di section yang saya masuk, ada beberapa lagi section lain yang boleh park rasanya). Kalau ada apa-apa event, jangan lupa validate tiket untuk mendapat harga parking yang fixed kalau tak bersedialah untuk berbelanja belasan ringgit kalau parking lama-lama.

Saya di dalam Dewan ketika break selepas makan tengahari

Voucher kursus percuma daripada Google. (Kalau la saya masih muda..)

Antara Speaker di dalam Acara ini

Demo berkenaan Neural Network

Machine Learning

Training Manual (Online Version) bagi yang berminat

Kisah MUV: Sebuah syarikat yang mengendalikan penjualan kereta terpakai

Makanan tengahari yang telah di'tapau'kan oleh pihak penganjur..Sedap!!

Speaker sedang bercerita di atas pentas

Nama speaker yang mempunyai French accent ini

Certification yang disediakan oleh Goole

ChatBot daripada DiGi

GoJek daripada Indonesia juga menggunakan Google Cloud Platform

Antara pelanggan-pelanggan Google Cloud di seluruh dunia

Fakta menarik daripada Google Cloud

Gambar panorama ini di stitch oleh Google Photos..boleh cuba sendiri..

Matlamat Google serta 7 produk utama Google dengan pengguna berjumlah 1 billion pengguna

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia 

Ketua Bahagian Jualan Google Cloud di Malaysia sedang memberikan ucapan

Sijil penyertaan dan T-shirt Google Cloud sebagai tanda penghargaan.

Banyak perkara saya dapat belajar daripada event ini. Kalau ada rezeki lagi di masa hadapan saya sudah semestinya akan turut serta lagi. Jangan lupa email subscribe ke blog JayHemSem ok?

Klik di sini untuk melihat album penuh acara ini.

Rabu, 25 April 2018

Kereta Tak Boleh Start? Bateriku.com Boleh Bantu Anda

Pada bulan Mac yang lepas, dalam kekalutan nak pergi ke pejabat dalam masa yang sama nak bawa anak saya yang demam, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dah siap kunci pintu pagar semua dah, sekali tu kereta tak boleh nak start pulak. Ternyata bateri kereta telah pun sampai tempoh hayatnya. Oleh itu terpaksalah diganti, nak ganti pulak nak kena buka bonet depan kereta, perlu ada ada spanar bersaiz 10 untuk buka nat pengikat bateri dan terpaksa berpanas.

Kita pulak dah pakai baju kerja, dah seterika baju semua, kalau berlaku pulak kejadian tak boleh start ni di tempat lain contohnya seperti di kedai makan atau yang lagi teruk di tengah-tengah jalan raya dalam jem, satu mimpi ngeri yang sangat-sangat ditakuti. Saya dah tak ingat di mana saya ternampak iklan Bateriku.com tapi search sahaja di Google, terus jumpa dan terus saya kol. Kurang daripada sejam, wakil mereka sampai di depan rumah.

Motosikal daripada pihak Bateriku.com

Brader installer Bateriku.com

Tukar bateri lama kepada yang baru

Trade-in bateri lama so dapat la bateri baru. Harga untuk bateri kereta Perodua Alza: RM185

Dah siap pasang bateri kereta baru dengan tarikh pemasangan dicatatkan atas bateri
Memandangkan saya tiada cash maka saya pun transfer pembayaran kepada no akaun brader installer yang datang tu. Resit saya dapat melalui email, memang proses penukaran bateri kereta dengan Bateriku.com sangat efisyen, mudah dan pantas.

Kalau kereta anda tidak boleh start dan anda saspek bateri anda adalah puncanya, hubungi sahaja pihak Bateriku.com untuk membantu anda.

**Saya tidak dibayar pun untuk buat review ni, saya cuma nak kongsikan pengalaman saya jer tau..

Jumaat, 6 April 2018

Kelas Online JayHemSem: Bagaimana Mengenalpasti Jenis Kulit Wajah Anda

Malam tadi saya telah mengadakan satu live kelas di FB. Di dalam online kelas tersebut saya telah menerangkan 5 jenis kulit wajah yang patut anda tahu dan bagaimana untuk mengetahuinya dengan hanya menggunakan 2 cara test yang sangat simple dan mudah.



Di dalam video di atas, saya ada menawarkan satu E-book percuma yang boleh di dapati menggunakan link di bawah:

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melakukan Facial


Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...