Isnin, 30 Januari 2017

Renew & Buat Passport Anak di UTC Pudu Sentral Kuala Lumpur

Setelah berkunjung ke 2 pejabat Imegresen, akhirnya aku buat keputusan untuk ke UTC Pudu Sentral sebab aku pernah buat pasport di sini 6 tahun yang lepas waktu tu aku nak terbang pergi Taiwan.

Pada 14 Januari 2017 bersamaan dengan hari Sabtu, aku dan keluarga pun pergi la ke Jabatan Imigresen Malaysia UTC Kuala Lumpur. Sampai jam 8.30am, terpaksa beratur dulu untuk ambil nombor. Seratus orang jugak la nak kena tunggu giliran. Pergi la makan dulu kat food court tingkat atas. Pukul 10am, datang balik tengok baru 16 orang yang baru setel. Nombor aku waktu tu 1111. Letih menunggu dengan anak-anak lasak aku dah buat perangai, pergi la tunggu dalam kereta.

Pukul 1.15pm, baru sampai nombor 1084. Pukul 1.20pm tiba-tiba dah 1090 lepas tu 1.45pm dah sampai giliran kitorang. Pegawai yang uruskan pemprosesan pasport kitorang sangat sporting, anak aku yang tak berapa fotogenik dapat gak setel ambil gambar. Akhirnya jam 2.50pm, semuanya setel dengan pasport dalam tangan. Keseluruhan proses daripada pagi sampai ke tengahari mengambil masa 6 jam lebih. Mungkin sebab hari Sabtu kut, kalau hari kerja mungkin makan masa kurang daripada ni kut. So begitulah pengalaman membuat passport antarabangsa di UTC Pudu Sentral.

Ni gambar-gambar yang sempat aku ambil.


Pintu Jabatan Imigresen Malaysia UTC Kuala Lumpur

Antara maklumat dan info berkenaan JIM di pintu

Harga semasa pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh 5 tahun

Kaunter ambil nombor giliran 

Papan maklumat JIM UTC KL
Nampak tak yang ada panduan nombor tu, aku mulanya tak perasan waktu ambil nombor. Kalau aku tahu, aku dah boleh keluar jalan-jalan dulu lepas tu datang balik. Puratanya ofis di UTC KL ni boleh proses 20 orang dalam masa sejam. Nombor aku time tu 1111, aku tengok nombor yang dah keluar time tu dah 13xx. Memang sampai ke lewat petang atau malam la baru sampai giliran.

Suasana pemandangan di ruang legar UTC Pudu Sentral

Anak aku akhirnya tidur keletihan selepas puas bermain

Selasa, 24 Januari 2017

Percubaan Renew Pasport di Pejabat Imigresen Mini UTC Sentul - Tak Menjadi

Memandangkan kegagalan untuk renew pasport antarabangsa aku dan membuat pasport anak-anak aku pada 4/1/2017 gagal, aku cuba pula ke Pejabat Imigresen Mini UTC Sentul pada 8/1/2017. Disebabkan pagi tu ada hal lain, terpaksa la berkunjung pada sebelah tengah hari.

Jabatan Imigresen Malaysia di Mini UTC Sentul
Malangnya, nombor giliran pun dah habis. Aku cuba bertanya kepada kaunter juruwang sama ada boleh ke ambil nombor lagi sebab ada tulis di situ 'Harap Maaf, Pemberian No. Giliran Ditutup Sementara', jawab pegawai tersebut kalau ada nombor lagi mereka akan beri, setakat ni ada 250 orang yang telah mengambil nombor giliran.

Terus aku batalkan hasrat nak buat pasport pada hari tersebut. Terpaksa cuba di hari yang lain pula.


Pengalaman Renew Passport di Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan KL Jalan Duta Yang Gagal

Daripada rumah aku ke Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta lebih kurang dalam 10 minit drive, jadinya pada 4/1/2017 yang lepas aku, isteri dan dua orang anak aku telah ke Kompleks KDN ni di Jalan Duta berdekatan dengan Publika Sri Hartamas. Di situ ada Pejabat Pendaftaran Negara yang mana pada 4 tahun lepas aku daftarkan anak aku di situ. Tempatnya memang luas dan selesa.

Malangnya pada hari kejadian, setelah mendapatkan parking yang agak dekat dengan menyelit kereta comel Perodua Viva di satu lokasi parking yang tidak mengganggu kenderaan lain, suasana luas dan selesa tersebut telah bertukar menjadi tidak begitu selesa. Satu kompleks pada hari tersebut tidak ada penghawa dingin. Sampai di Pejabat Imigresen WP Jalan duta pada jam 9.30am, ambil nombor (kena tunggu giliran dalam 100 lebih orang) dan terus ke tempat makan di cafe. Kat situ je dah nampak ada sesuatu tidak kena dengan komplek KDN ni, sampah bertimbunan di luar tandas dan hanya tandas wanita sahaja dibuka. Peluh di dahi dah mula muncul bila minum nescafe panas tarik di dalam cafe.

Bahagian Pasport Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menunggu dengan sabar di samping kepanasan dan berpeluh di dalam ruang menunggu
Jam 10 lebih, kami sekeluarga kembali ke Pejabat Imigresen di tingkat 2 untuk melihat perkembangan semasa no tiket. Masih jauh lagi. Anak-anak aku dah mula menunjukkan perangai luar biasa disebabkan suasa yang semakin kepanasan di dalam ruang menunggu. Aku lihat ramai orang lebih suka tunggu di luar pintu kaca berbanding berada di dalam. Sampai la giliran kami pada jam 11.40am, kami pun berurusan di kaunter yang telah dipanggil. Disebabkan ada 3 passport yang perlu diuruskan, bermula dengan aku punya dulu dah setel. Bila sampai giliran anak aku pulak nak ambil gambar, dekat 5 kali berposing pun pegawai wanita imigresen tu tak puas hati sebab anak aku tak nak tengok tepat pada kamera. Setelah cuba dan mencuba siap tukar kaunter lagi, satu pengumuman tiba-tiba keluar dan mengatakan sistem down. Cuba bayangkan perasaan aku ketika itu, dah sampai giliran dan tengah proses sekali tu sistem down???

Bila tanya pada pegawai di situ, mereka pun tak tahu nak cakap bila sistem boleh up balik. Akhirnya, kami buat keputusan untuk balik sahaja sebab hari tersebut juga adalah hari pertama persekolahan tadika si Abangnya. Adakah mungkin disebabkan ketiadaan air-cond telah menyebabkan sistem di Pejabat Imigresen WP tersebut down? Bila cari di website KDN & Imigresen, tiada sebarang link untuk membuat aduan berkenaan ketiadaan air-cond di bangunan tersebut. Satu perkara lagi, aku agak hairan kenapa kerusi jenis besi dipilih untuk digunakan oleh tempat kepunyaan kerajaan ni. Okaylah, mungkin untuk bagi tahan lama dan senang untuk dicuci, masalahnya banyak bangku besi ni dah bengkok dan patah menyebabkan pengunjung tak boleh nak duduk pun. Ada masalah vandalisma ke di Wisma KDN Jalan Duta ni?

Banyak pulak aku komplen kali ini tapi aku rasa terpanggil untuk dedahkan juga realiti yang aku hadapi supaya ada tindakan susulan dapat dijalankan. Sememangnya aku sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta ini. Mungkin anda yang membaca blog post ni boleh la menilai sama ada nak datang ke sini ataupun tidak. Diharap kalau nak juga ke Jalan Duta ni anda akan mendapat nasib yang lebih baik daripada aku la kut.

Sekian coretan kali ini. Terima kasih.


Isnin, 23 Januari 2017

Pengalaman Bercuti ke Sabah (Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau Mei 2016)

Pada bulan Mei 2016, aku dan keluarga telah mendapat kesempatan untuk berkunjung ke Sabah. Destinasi utama adalah Kundasang. Untuk trip kali ini dapatlah aku duduk lama sikit kat Sabah ni sebab 3 kali trip ke Kota Kinabalu pada tahun 2014 sebelum ni disebabkan kerja pergi balik hari aje.

Kegembiraan naik KLIA ERL Ekspress

KLIA Departure Lounge

Malindo Air

Makan malam di Pasar Malam Makanan Laut, si Aryan boleh demam pulak tiba-tiba

Berposing lepas si Aryan jaga daripada tidur

Si Aryan demam jadi muka tak bermaya, si Arshad pulak sibuk main buih tiup

Si Aryan sampai apartment terus pengsan

Cantik gak apartment ni

Bersedia untuk pergi berjalan

Jesselton Point

Ready untuk naik bot

Si Aryan pengsan lagi, penat naik bot

Hujan pulak, mujur bawak payung

Si Arshad dan Abg gembira dapat belon pedang

Geng-geng sibuk membeli barangan di Pasar Filipino

Kita melawat Rumah Terbalik pulak

Muzium 3D Sabah

Rumah Terbalik!!

Dah nak sampai Gunung Kinabalu

Aisey..aku pengguna Maxis tapi ok je line kat atas ni

Bersama si Aryan di puncak awan

Tempat proses susu lembu

Tengok lembu susu diperah

Posing di Kundasang

Memang sejuk, tapi taklah sejuk sangat.

Pemandangan sikit

KFC pun ada kat Kundasang wehh

NikGold Resort

NikGold Resort. Jalan nak masuk sini memang agak mencabar

Nampak tak? Tu la puncak Gunung Kinabalu!

Pemandangan daripada depan balkoni bilik di NikGold Resort. Memang power!

Berposing di depan bilik berlatarbelakangkan puncak Gunung Kinabalu

Puncak Gunung Kinabalu daripada tingkap bilik

Poring Hotspring Ranau Sabah

Nak balik dah. Kat Airport Terminal 1

Dah letih..jom tido..
Satu pengalaman yang sangat menarik. Kalau ada rezeki lagi boleh pergi lagi.

Berkunjung ke Farm In The City (Disember 2015)

Dah tak berapa ingat nak tulis apa dah sebab dah setahun lebih punya cerita, tapi just nak share gambar je la mana yang ada dalam kamerafon ni:

Pintu depan

Kawasan parking kereta

Pintu masuk utama

Tempat mainan kanak-kanak selepas pintu masuk

Bermain

Kita tengok penyu

Tempat lepak-lepak

Tempat lepak-lepak lagi

Tempat beli gambar
Farm In The City ni dekat jer ofis aku. Harga nak masuk tempat ni boleh tahan jugak la mahal tapi puas hati la sebab dapat la bawak anak-anak tengok binatang apa semua.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...