Isnin, 16 September 2013

Maternity & Kids Expo MidValley (April 2013)

Aku sememangnya suka pergi ke bermacam-macam jenis event termasuklah expo ni:

5th Maternity & Children Expo MidValley Exhibition Centre
Memang ramai orang yang datang ke expo ni. Kalau bawak stroller memang susah nak gerak woo..

Pertandingan kemas beg anak. 
Sapa dapat kemas beg anak dengan paling pantas dapat bawak balik beg yang ada atas meja tu. Aku tak join la pertandingan ni, sampai pun dah lambat tapi kalau sampai awal pun aku tak nak masuk kut. Memalukan kaum jer karang..wakakaka...

Ada pertandingan bergambar untuk bayi..

Ramai siut orang beratur..

Alamak..anak dan isteri aku pun dah terjebak jugak..

Kesian kat anak aku, duduk dalam bucket je?

Macam-macam gaya diorang suruh anak aku buat..

Bergaya lagi dan lagi

Editing touch up..

Kamera fon aku tak cukup power nak amik gambar secantik ni

Diorang nak jual soft copy CD ni..mahal siut..

Aku snap dulu depan-depan PC diorang ni dengan silent camera fon aku..wahaha..

Banyak ler pulak gambar-gambar anak aku bergaya sakan yang best..

Gambar pilihan untuk printing. Dapat sekeping jer pun.
Dah ler nak masuk contest ni kena bayar untuk sewa costume, nak print gambar pun diorang cas jugak. Memang betul-betul buat duit kampeni ni. Market mak bapak ni rupanya antara market yang sangat menguntungkan. Sapa kata mak bapak takde duit? Betul tak?

Menginap di Equatorial Hotel Melaka (April 2013)

Syarikat tempat aku berkhidmat setiap 3 bulan akan mengadakan satu mesyuarat pihak pengurusan. Mesyuarat ni dilaksanakan untuk membincangkan kembali perkembangan semasa operasi syarikat. Kebiasaannya mesyuarat ni akan diadakan di luar pejabat dan tempat paling sesuai kat mana lagi, mesti la kat hotel kan? Kalau bulan Januari hari tu aku dah menginap di Avillion PD, kali ni aku dan pasukan aku menginap di Hotel Equatorial Melaka pulak. Mesyuarat kali ni disertai oleh ahli pasukan baru bagi menggantikan tempat line manager yang telah resign pada akhir bulan Mac yang lepas. Dari hotel di JB, kali ni ke hotel di Melaka pulak, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.

Sampai Hotel Equatorial Melaka ni dah lewat petang

Pandangan dari depan hotel

Bilik aku dan pasukan

Meja bisnes serta kerusi ergonomik

Ruang lepak di tepi tingkap..tempat paling best..huhu
Hotel ni boleh dikatakan berbintang jugak harganya jadinya memang sangat berbaloi la dia punya keselesaan. Tolak tepi semua drama yang telah berlaku waktu mesyuarat syarikat, aku suka hotel Equatorial ni. Sememangnya kalau ada orang sponsor aku penginapan di sini, sudah semestinya aku takkan lepaskan peluang tu..hahaha..

Berkunjung ke KSL Resorts Johor Bahru (Mac 2013)

Mujur jugak aku ambik cuti sehari selepas balik daripada Langkawi hari tu, kalau tak memang aku kena bermalam kat sana sebab sehari buat lawatan ke tempat ni memang tak cukup kalau ikutkan. So, balik je daripada Langkawi, trip ke JB pulak menanti sebab isteri aku ada kursus pada weekendnya tu. Aku sebelum ni tak pernah dengar pun nama KSL Resorts JB ni, on the way ke JB tu ada la ternampak billboard kat tepi highway pasal KSL Resorts JB, nampak macam grand. Sampai kat JB petang tu untuk check-in hotel.

Lobi di KSL Resort Hotel. Memang dalam shopping kompleks dan memang grand pun..

Bilik di KSL Resorts JB

Jadi baby sitter sebab isteri kursus

Pandangan luar tingkap..kat sana tu Tower 1

Pemandangan luar tingkap menghadap Singapore

Tempat kursus
Memang best KSL Resorts JB ni sesuai dengan harganya yang berbintang. Harga dia berbintang pun, tetap hotel ni penuh dengan orang. Memang ramai betul orang berkemampuan sekarang ni ditambah lagi dengan orang daripada Singapura. Makanan kat sini pun sedap. Kalau aku berkemampuan untuk bercuti, memang hotel ni akan jadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...