Isnin, 25 Jun 2012

Kedai Engry Birds?

Gambar di bawah ni aku ambil di kawasan tempat bakal aku akan kerja bulan depan.

Engry Birds Video Center

Macam kelakar pulak aku tengok dia punya nama kedai. Aku belum pernah masuk lagi kedai ni tengok apa yang diorang jual (dah tertulis dah pun kedai CD dan DVD, tak tahu la ori ke tak) tapi kalau aku pergi nanti aku akan update penemuan aku dalam blog aku ni. Chiow..

Menghadiri Temu Janji Temuduga Yang Ke-4: 2nd Interview (Tawaran Kerja)

Ini merupakan temuduga aku yang terakhir sepanjang tempoh 5 minggu pencarian kerja baru bagi aku. Aku telah pun membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja yang telah ditawarkan kepada aku ini. Aku tak nak mengumumkan syarikat mana yang telah menawarkan kerja kepada aku di blog ni, cukuplah sekadar aku ceritakan pengalaman temuduga kali ke-2 dengan pihak tertinggi pengurusan syarikat.

Pada hari yang sama selepas aku menghadiri temu janji temuduga yang ke-2 dan yang ke-3, aku telah menerima satu panggilan untuk datang ke temuduga kali ke-2 pada keesokan harinya, tetapi kali ini pihak pengurusan tertinggi syarikat pula yang berminat untuk menemuduga aku. Pihak pengurusan tertinggi ni bukan calang-calang orangnya, keretanya sahaja lagi mahal daripada rumah yang aku beli siap dengan pemandu lagi. Hampir 2 jam jugaklah aku menunggu untuk bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi ni. Nak dapatkan kerja ni, kita seharusnya bersabar dan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang perlu kita tempuhi. Janganlah asyik fikir nak lari jer, tu jalan mudah namanya.

Bila sampai je masa untuk bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat, inilah masanya untuk aku menjual diri sendiri. Aku pun persembahkanlah segala apa yang dah tertulis di resume aku tetapi tak se'detail' apa yang aku present pada interview yang pertama sebab aku tahu pihak pengurusan tertinggi ni dia lain sikit corak pemikiran mereka jadi kita perlu fahami apa sebenarnya yang diorang nak daripada kita. Aku rasa ada la dalam setengah jam jugak pihak pengurusan tertinggi syarikat tu bertanyakan soalan kepada aku dan jugak menceritakan apa hala tuju mereka. Habis jer diorang bercerita dan rundingan berkenaan gaji ditawarkan, diorang pun akhiri sesi temuduga dengan memberitahu yang mereka akan hubungi aku semula selepas perbincangan dalaman telah diputuskan. Aku pun pulang ke rumah dengan hati yang lega setelah segalanya berjalan dengan maklumbalas yang positif.

Pada lewat petang hari yang sama, aku telah menerima panggilan telefon daripada syarikat yang aku hadiri temuduga ke-2 dengan pihak pengurusan tertinggi tadi dan mereka telah pun menawarkan jawatan yang aku dah pohon dengan gaji yang telah dirunding. Aku sebenarnya tak sangka mereka buat keputusan dengan begitu cepat tetapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Akhirnya segala penat lelah aku ke sana ke mari membuahkan hasil. Aku sangat bersyukur kepada ilahi di atas peluang pekerjaan yang ditawarkan ini. Aku akan mula bertugas di tempat baru pada 2 Julai 2012 ini.

Parti Besday di Bistro Cara Putra - Kelab Saujana Utama

Pada 17/6 yang lalu, aku dan isteri dijemput datang ke satu parti besday yang pertama bagi anak pasangan suami isteri, kawan kepada isteri aku di Kelab Saujana Utama. Abang ipar aku tinggal di Saujana Utama jadinya tempat ni tak asing bagi aku. Cumanya aku tak pernah lagi ke Kelab Saujana Utama ni. Tempat ni rupanya terletak di atas bukit sikit, kalau sampai kat traffic light di kawasan komersial Saujana Utama tu, ikut jer signboard kat situ, nanti jumpa la tempat ni.

Kelab Saujana Utama

Tema besday parti adalah biru Smurf

Pertama kali aku dengar nama anak kawan kepada kawan isteri aku ni, aku rasa pelik sebab ni nama ambik dari mana ni? Tapi seriously, ni antara besday parti yang agak grandis yang aku pernah datang. Agak-agaknya berapa la kos besday parti ni? 


Sambutan orang-orang muda generasi Y

Ibu dan anak bergembira sakan

Aku tak nak la komen apa-apa berkenaan dengan ibu bapa yang bersungguh-sungguh membuat majlis hari lahir ni sebab aku pun dah tak lama lagi nak jadi bapa, cumanya aku sendiri tak pernah pun mak bapak aku celebrate besday macam ni. Tapi masing-masing ada gaya dan perjalanan kehidupan yang tersendiri. Itu pilihan individu masing-masing. Kalau aku, aku lebih suka gaya kehidupan yang sederhana dan bersikap terbuka terhadap pilihan orang lain.

Pasangan merpati dua sejoli

Kawan sekolej bersama besday girl

Sebelum aku mengakhiri blog post kali ni, mari kita tengok video persembahan artis di bawah:

Ahad, 24 Jun 2012

Menghadiri Temu Janji Temuduga Yang Ke-3: STT

Pada hari Rabu 13/6 yang lalu, aku duk tengah lepak-lepak kat rumah mak aku (menganggurlah katakan) sambil mengadap laptop, tiba-tiba ada satu e-mail ni masuk:

Assalamualaikum,

Congratulations, you have been shortlisted to attend an interview session at STT for the post of Sales Engineer/Corporate Communication Executive. Kindly refer details given below :

Date       - Thursday / 14.6.12

Time       - 3pm
Selang berapa minit lepas tu, ada call pulak masuk dan jemput aku datang ke sesi temuduga kerja. Inilah kali pertama aku dapat 2 sesi temujanji temuduga kerja dalam sehari. Iklan untuk jawatan kosong ni aku jumpa di dalam Jobstreet, aku apply online pada 24/5/2012, 3 minggu jugaklah baru dapat respon daripada pihak syarikat tu:

Jobstreet Application Status

Cuba tengok berapa ramai orang apply untuk jawatan ni, 41 permohonan dengan majoritinya tahap akademik diorang lebih tinggi daripada aku. Namun yang demikian, aku menyahut cabaran untuk hadir jugak sesi temuduga ni. Pukul 12pm temuduga di Kelana Jaya, pukul 3pm temuduga di Cheras dalam hari yang sama. Temuduga ni lebih kurang macam buat marketing la, appointment sana-sini jadi itu dah menjadi lumrah la untuk mereka yang bertugas dalam bidang sales atau marketing ni, betul tak?

Habis jer sesi temuduga di PDS, aku sempat lagi makan tengahari bersama isteri ambik berkat sikit kat isteri dan anak dalam kandungan, habis makan jer terus gerak ke Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Ofisnya agak menarik jugak walaupun cuma shoplot. Sampai-sampai jer aku kat sana dalam lebih kurang 2.50pm, dah ada 3 orang dah lagi awal daripada aku. Kiranya aku kena ikut turn la. Daripada 16 orang dalam senarai jemputan (kat email dia pergi letak jer semua email orang dalam "To:"), yang hadir pada hari itu lebih kurang 8 orang sahaja. Sambil-sambil menunggu tiba giliran untuk sesi temuduga, aku sempat jugak berkenalan dengan mereka yang datang. Walaupun masing-masing macam bersaing tapi okay jugaklah diorang yang datang ni, agak terbuka juga diorang bercerita pasal kerja masing-masing.

Kebetulan pulak aku duduk sebelah akak dan juga seorang ibu muda, macam-macam la diorang duk buat spekulasi soalan temudugalah, bercerita pasal kerja diorang dan lain-lain. Diorang siap bagitahu aku lagi yang aku ni nampak macam budak 'Fresh' baru keluar universiti, apa muka aku ni nampak macam student lagi ke?

Pesaing-pesaing aku..

Rasanya pukul 4pm baru sesi interview bermula dengan dua orang seberang aku ni dalam gambar di atas ni masuk dulu. Tempat menunggu ni kat bawah, tempat interviewnya dia tingkat 1. Pukul 4.30pm barulah giliran aku sampai untuk naik ke atas, akak yang sampai selepas aku dah mintak untuk potong giliran, aku sebagai gentleman kasi jer la, yerlah kan diorang ni dah ada anak semua jadinya mungkinlah diorang nak balik awal amik anak mungkin. Habis je akak tu interview, aku kasi la chance giliran aku kat ibu muda tadi pulak, dia ni masih dalam pantang katanya jadinya dia amik kesempatan cuti bersalin ni carik kerja lain padahal dia kerja kat sebuah bank yang agak ternama. Pukul 5pm baru la giliran aku, sempat jugak aku jumpa sorang mamat ni, sembang-sembang dengan dia rupanya dia baru balik dari overseas siap ada beli rumah kondo berharga RM300k dekat dengan ofis ni. Aku macam, perghhh mamat ni dahsyat..

Menariknya, aku dengar ada yang datang interview duk tunggu giliran kat bawah dah balik dah sebab terlalu lama menunggu. Pada aku la kan, kalau betul-betul nak carik kerja, kenalah bersabar kan? Ini nak tunggu giliran dah resah gelisah pastu boleh balik pulak? Dah ler nak dapat tahu kita shortlisted dah ambik masa 3 minggu, ada 41 orang pulak tu yang apply. Pelik betul aku.

Okay, dalam sesi interview, ada 3 orang panel sorang daripada HR, Bisnes dan Operasi. Macam-macam soalan dilontarkan kepada aku, aku macam biasalah jawab dengan penuh konfidennya. Sekali tu diorang tanya aku ni sebenarnya lebih sesuai jawatan Corporate Communication Exec atau Sales Engineer, akhirnya aku memilih untuk jawatan Sales Engineer jer sebab Corporate Comm ni aku rasa lebih sesuai kalau perempuan yang buat, kan? Interview session aku kali ni rasa macam panjang pulak, dekat 5.30pm barulah habis. Panel HR kata lagi seminggu dia akan panggil untuk sesi 2nd interview pulak. Tapi aku ada nampak jugaklah sinar-sinar harapan daripada diorang. Takper, kita tunggu dan tengok.

Aku keluar jer daripada bilik temuduga, aku tengok mamat yang sepatutnya masuk selepas aku dah takde. Ler, dia pun tak sabar jugak? Hairan aku tengok gaya pencari kerja yang datang hari tu, agaknya diorang expect syarikat ni besar kut?

Selasa, 19 Jun 2012

Menghadiri Temu Janji Temuduga Yang Ke-2: PDS

Pada hari Selasa 12/6, aku menerima satu panggilan untuk menghadiri satu lagi temuduga pada hari Khamis 14/6. Kali ini, permohonan yang mendapat respon adalah sekali lagi di Monster.com.my untuk jawatan Business Development Executive. Syarikat kali ini pada aku merupakan satu syarikat yang agak besar juga, Precision Design Solution (M) Sdn Bhd. Aku pernah beberapa kali berurusan dengan mereka pada awal-awal kerjaya aku di syarikat sekarang ni dan sememangnya aku cukup kagum dengan jumlah produk yang dibawa oleh mereka. Itu belum termasuk dengan pelbagai servis tambahan mereka lagi.

Ofis PDS terletak di Kompleks Kelana Centre Point

Senarai syarikat di Block D Kompleks Kelana Centre Point

Tingkat 10, Block D, Kompleks Kelana Centre Point

Laluan ke pejabat PDS

Setiap kali aku pergi interview, aku mesti tak terlepas daripada mengalami darah gemuruh. Lebih kurang macam nak bagi ucapan di hadapan orang ramai la. Kita tak boleh nak jangka sangat apa yang akan berlaku selepas tu. Jadinya, aku pun pergilah ke wash room dulu kasi clear dulu apa yang patut.

Check penampilan diri dulu

Lobi PDS sambil menunggu interviewer

Interviewer yang menemuduga aku kali ni sorang sahaja iaitu Business Manager. Banyak juga soalan-soalan berkaitan dengan cara nak membuat rundingan dengan bakal prospek, apa yang akan aku buat bila berhadapan dengan pelbagai situasi dan yang paling utama, sanggupkah anda balik lewat? Walaupun dah lama aku tak balik lewat, aku pernah ada pengalaman balik pukul 4-5 pagi semata-mata nak selesaikan tender dokumen untuk dihantar jadinya aku tidak mempunyai isu tak boleh balik lewat. Interview ambil masa lebih kurang dalam 40 minit. Sekiranya pihak interviewer berpuas hati, dia akan panggil balik untuk sesi temuduga ke-2 pula, mungkin dalam seminggu dua lagi. Apa pun, aku akan tunggu jawapan diorang macam mana.

Bergambar kenangan di PDS sebelum balik

Parking di Kompleks Kelana Centre Point ni agak mahal, sejam RM2 dan setiap jam lagi tambah RM2. Jumlah caj parking aku kena hari tu adalah RM4.20. Agaknya tu sebabnya kat luar laluan nak masuk ke Kelana Centre Point ni ada satu tempat parking berbayar RM3 per entry, mungkin di situ lagi murah kalau bekerja di sana. Temuduga kali ni agak bagus juga kerana aku dapat mempelajari sesuatu mengenai apa bisnes PDS sebenarnya, memang tak sama macam apa yang aku sangka dan fikirkan sebelum ni.

Isnin, 18 Jun 2012

Mendaftarkan Diri di Open University Malaysia (OUM)

Dalam proses pencarian kerja, aku sedar satu perkara, pengalaman kerja membantu dalam proses pencarian kerja, tetapi aku kekurangan satu perkara asas, aku cuma ada diploma dan diploma aku tu pulak tak berkaitan langsung dengan bidang kerja yang aku buat sekarang ni. Jadinya, aku memerlukan satu paper qualification yang membolehkan aku pergi lebih jauh lagi.

Untuk itu, aku telah pun membuat sedikit pembacaan dan pada PostGradAsia 2012 yang lepas, aku bertanya kepada pegawai yang bertugas di booth Open University Malaysia tentang apa kursus yang ada, berapa kos semua tu. Jadinya aku pun pun membuat keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai student di IPTS ni. Pada mulanya aku ingatkan Wawasan Open University (WOU) dengan Open University Malaysia (OUM) ni sama, rupanya lain. Aku try register yang online application kat WOU sebab website dia nampak cantik dan menarik, dah register first step sekali tu bila dah masuk 2nd step, susah pulak nak kena masukkan subjek satu-satu. Aku pun give up kononnya nak pergi terus kat dia punya cawangan. Sekali tu aku cuba pulak register online application kat OUM, kacang goreng dan diterima dah pun. Pastuh aku try buat perbandingan antara OUM dan WOU.

Item OUM WOU
Website http://www.oum.edu.my/ http://www.wou.edu.my/
Establishment 2000 2006
Main Campus Kuala Lumpur Penang
Vice Chancellor Professor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali Tun Dato’ Seri Dr Lim Keng Yaik

Rupanya OUM dengan WOU tak sama. Kiranya OUM ni open universiti yang pertama, WOU yang kedua. Akhirnya aku memilih OUM la disebabkan dah berjaya dah pun register online kat OUM punya website. Pada 11/6 yang lepas, aku telah berkesempatan untuk berkunjung ke kampus utama OUM terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur (tempat aku hari-hari lalu untuk hantar isteri aku ke tempat kerjanya). Tujuan kunjungan adalah untuk membayar yuran pemprosesan permohonan dan juga menghantar salinan dokumen berkaitan (Diploma, Kad Pengenalan dan Sijil).

Rumah Meteor OUM

Rumah Meteor OUM (Pandangan lain)

Pejabat Unit Pemasaran

Suasana di Unit Pemasaran

Pejabat Unit Pemasaran

Brochure dan resit bayaran pemprosesan permohonan ke OUM

Status selepas membayar yuran pemprosesan
(Tak sampai 2 minggu pun proses)

Kini aku telah pun bergelar pelajar kembali. Kira okaylah kan intake aku nanti pada bulan September 2012. Sempatlah kut aku dapatkan kerja baru dan kumpul duit dulu untuk bayar yuran. Cumanya 5 tahun lagilah baru aku bergelar pemegang ijazah sarjana muda. Mungkin musibah yang aku alami sekarang ni ada juga hikmahnya yang mana aku telah pun memulakan langkah untuk memajukan diri sendiri. Teringat aku kat kawan serumah sewa aku dulu waktu aku belajar di UiTM Shah Alam yang mengambil ijazahnya pada usia 40 tahun secara sepenuh masa. Kiranya aku ni muda lagi la sebab belum cecah umur 35 pun lagi..

Ahad, 17 Jun 2012

Buku-buku Inspirasi Pilihan JayHemSem

Antara kegemaran aku apabila pergi shopping kompleks adalah memasuki kedai buku. Sebenarnya ada macam-macam sebab kenapa ada orang suka baca buku dan kenapa ada orang tak suka baca buku. Aku sebenarnya bukanlah pembaca buku yang tegar, rasanya dah lama betul aku tak beli buku. Biasanya kalau aku beli buku pun, buku tu mesti ada kepentingan tersendiri. Selalunya aku akan guna Google jer untuk carik buku versi e-book buku yang aku nak.

Pada aku la kan, kegunaan buku adalah untuk mencetuskan idea untuk apa tindakan kita dalam situasi yang tertentu. Memandangkan aku kini dalam proses mencari kerja, perkara yang paling penting dalam proses mencari kerja adalah temuduga kerja. Jadinya buku-buku kat bawah ni lah yang sepatutnya seorang pencari kerja baca bagi membekalkan idea untuk apa yang perlu dijawab atau lakukan ketika ditemuduga.

Answering Tough Interview Questions for Dummies

Handling Tough Job Interviews

Hired!: How to Use Sales Techniques to Sell Yourself On Interviews

Satu buku pun aku tak beli sebenarnya. Buku kat bawah ni jer aku dah jumpa guna Google versi e-booknya dan aku dah download dah pun cuma tak habis lagi baca:


Get a Life, Not a Job: Do What You Love and Let Your Talents Work For You

Selain buku-buku pasal nak carik kerja, aku jugak suka baca buku pasal macam mana nak mencari kekayaan. Satu pepatah jer la senang nak ungkapkan resepi nak mencapai kejayaan ni, "Work Smart, Not Hard", tapi sebelum jumpa kaedah "Work Smart" tu, kena la "Work Hard" dulu.

Train Your Brain to Get Rich:
The Simple Program That Primes Your Gray Cells for
Wealth, Prosperity, and Financial Security
Di samping tu, untuk kekal dalam dunia pekerjaan ataupun perniagaan, buku-buku di bawah ni merupakan aset yang sangat berharga:

1. Perfect Phrases for Dealing with Difficult People
2. Perfect Phrases for the Sales Call
3. Perfect Phrases for Executive Presentations
Sambil-sambil duk tengok-tengok buku yang ada, terjumpa pulak buku berkenaan benda yang aku sekarang ni suka baca:

A Quick Start Guide to Cloud Computing
Marilah kita amalkan budaya membaca!

Sabtu, 16 Jun 2012

Mesin Pemeriksaan Kesihatan Ajaib Dari Germany (Mungkin China kut)

Salah seorang sepupu aku baru aje keluar daripada wad Hospital KPJ Tawakkal. Sebabnya..doktor sendiri pun tak dapat nak kenalpasti. Katanya ada satu ketika dahulu, sepupu aku ni jatuh dalam bilik air dan terhentak di kepala, dia tak bagitahu sapa-sapa pasal hal ni kecuali abang dia. Agaknya biasalah kan, lelaki ni kalau setakat perkara kecik camtu takkan nak bercerita kat orang, tak macho la kan? Pada suatu hari, dia tengah baring-baring, tiba-tiba dia kejang satu badan. Nasib baik kebetulan abang dia ada kat rumah, terus dibawanya ke klinik kut. Cerita selepas tu aku tak berapa tahu sangat sebab aku dengar cerita ni pun daripada mak aku jer.

Memandangkan mak sepupu aku tu berada di rumah salah seorang anaknya terletak di Taman Melati, aku dan mak aku pun pergilah melawat nak tengok orang yang kurang sihat. Sampai-sampai aje di rumah mereka, aku ternampak seorang pakcik dengan laptop di depan dia. Sepupu aku waktu tu duk terbaring depan dia. Semua yang lain berkerumun di sekeliling pakcik tu. Aku pun dengar ajelah pakcik tu membuat ulasan mengenai analisa laporan yang tertera di skrin laptop dia. Aku malas nak tulis banyak-banyak, antara ayat yang pakcik tu cakap:

  1. Alat ni teknologi canggih dari jerman ni, baru je dapat
  2. Ada Prof Madya yang pakcik periksa pun tak tahu dia ada penyakit lain
  3. Pakcik sebenarnya tak suka panggil barang pakcik bawak ni ubat, sebenarnya lebih sesuai dipanggil supplement.
  4. Sebenarnya darah adik ni pekat ni, adik ni kurang supplement
  5. Pakcik sarankan ambillah supplement untuk cairkan darah adik ni. Kalau tak ambil daripada pakcik, ambillah supplement yang syarikat lain jual macam spirulina dsb..
Awalnya aku pelik jugak, takkan ler periksa kat hospital swasta bayar riban-riban dengan segala teknologi dunia perubatan moden  macam X-Ray, MRI, CT Scan semuanya tak tahu apa punca penyakit, sekali tu periksa guna satu alat dalam briefcase sambung dekat laptop, boleh keluar satu keputusan kesihatan yang komprehensif pada harga cuma RM30. Aku terlupa pulak nak mintak copy laporan kesihatan tu (boleh ambik copy laporan komprehensif tu masuk dalam pendrive). Meh aku tunjuk gambar sikit:


Pakcik sedang membuat analisa kesihatan keseluruhan kat mak aku
Aku tak sempat tengok proses yang sepupu aku kena lalui, kebetulan mak aku pun berminat jugak nak cuba so dia pun bayar la RM30. Aku pun ambiklah gambar sikit. Proses dia sangat mudah, genggam jer alat sensor yang ada lampu tu. Tak payah balut lengan ke ambik darah ke, semua mesin ni boleh detect punya.

Satu software canggih (auta je lebih) sedang membuat analisis dalaman yang sangat kompleks

Zoom sikit: Aura badan sedang dicapture oleh software yang dihasilkan daripada Jerman

Dashboard pemeriksaan masih lagi memproses

Lagi berapa minit lagi..

Alat sensor dalam genggaman

Aku sebenarnya kagum jugak dengan pakcik ni, dia macam tahu jer apa nak cakap. Dia baca keputusan kat laptop tu, contoh macam markah untuk kardiovaskular dia kata macam score rendah, dia akan tanya "Adik ni ada darah gemuruh ke?", pesakit ni akan jawab la "Takde", dia pusing pulak soalan tu dan berjaya membuat pesakit tu percaya pada markah tadi tu. Menariknya, keputusan yang tertulis dalam software tu ada jugak markah untuk 'Mental Power'. Pesakit tadi macam pelik la kan, aku dulu score gila-gila punya waktu SPM dengan Universiti dan sekarang ni kerja kat Multi-National Company boleh alat tu kata mental power aku rendah? Pakcik tu rileks jer jawab, "Itu dulu..ini sekarang..adik ada macam rasa pening-pening atau stress-stress tak baru-baru ni?". Pesakit mengangguk..Hebat kan?

Ubat Supplement ni berharga RM190 ada 6 botol jer dalam kotak ni

Syarikat yang jual supplement ni namanya Era Quorum Global Sdn Bhd

Bila bukak website syarikat ni, tengok macam separuh siap jer. Boleh percaya ke ni?

Khamis, 14 Jun 2012

Menjamu Selera di Mr Kabab dan Biryani Presint 15 Putrajaya

Habis sahaja interview aku di SKALI, aku mengambil kesempatan untuk makan tengahari bersama geng-geng seofis yang kini bertugas di Presint 2 Putrajaya. Lokasi makannya adalah di Mr Kabab dan Biryani yang terletak di Presint 15. Besar jugak kedai ni, sampai 3 lot kedai dia.

Kedai Makan Mr Kabab dan Biryani Presint 15

Mzhany dan Marlia

AkuSeorangAjak makan nasi biryani sampai 2 pinggan..gilosss..

Da furq**ss..

Mamat baju kelabu tu dah jadi ex-pekerja dah..aku pula bakal menyusul..

Review aku berkenaan kedai ni, servis okay tapi nasi lamb kabsah dia yang aku order, ada tempat lain yang aku pernah pergi lebih best lagi rasanya. Damage: RM20 seorang.

Rabu, 13 Jun 2012

Menghadiri Temu Janji Temuduga Yang Pertama: SKALI Group - Pre Sales

Setelah beberapa minggu membuat 'job hunting', barulah aku sedar betapa susahnya untuk mencari kerja. Menurut satu artikel di internet (Linknya di sini), terdapat 14 cara untuk mencari peluang pekerjaan. Setakat ni, aku cuma menggunakan 2 jer daripada 14 cara yang ada dalam senarai. Cara yang aku gunakan adalah dengan mendaftarkan diri kepada 3 laman web agensi pekerjaan dan 5 laman web portal pekerjaan. Walk-in interview aku tak ambik kira untuk kali ini. Selepas mencari pekerjaan yang aku rasa sesuai, aku apply melalui portal ini.

Pada akhir bulan yang lalu, menggunakan laman web Monster.com.my aku telah pun mengupdate resume aku di situ. Sejak daripada itu, 2-3 ejen kepada agensi pekerjaan telah menghantar e-mail berkenaan kerja kosong. Aku telah pun respon kepada 2 orang daripada mereka dan satu ejen telah berjaya mendapatkan aku temujanji untuk temuduga di sebuah syarikat yang agak ternama. Pada mulanya aku agak malu jugaklah sebab dalam telefon, ejen tersebut bertanyakan kepada aku "Kenapa encik sudah ada banyak tahun pengalaman tapi gaji tetap sama?", aku terpaksalah membuat alasan yang munasabah untuk kasi 'cover' sikit. Temuduga diatur pada hari Khamis, 7/6 jam 12pm.

Okaylah, cerita panjang-panjang pun tak guna, bak kata pepatah orang putih 'picture paints a thousand word' aku kasi tunjuk gambar terus.

UPM-MTDC Server Farm Complex

Ini kali pertama aku menjejakkan kadi ke UPM MTDC ni. Okay jugak tempat dia, parking senang.


Salah satu pejabat SKALI Group

Syarikat yang telah menjemput aku untuk interview kali ini adalah SKALI Group, sebuah syarikat yang pada aku agak ternama. Aku masih lagi ingat satu ketika dahulu sebelum ada Google, search engine kegemaran aku adalah Altavista. Altavista sekarang ni dah dibeli oleh Yahoo (Wikipedia) dan kini sudah tidak lagi beroperasi lagi. Dulu, SKALI telah membawa Altavista ke Malaysia dengan adanya Mirror server di Malaysia ni. Aku memang salute bos-bos SKALI ni sebab mempunyai wawasan yang sangat tinggi dan kini syarikat Skali telah berkembang dengan maju.

Bergambar kenangan berlatar belakangkan logo rasmi Skali

GCERT oleh MAMPU kepada SKALI

Okay, pegawai yang bertanggungjawab menemuduga aku adalah CEO kepada salah sebuah syarikat SKALI Group. Aku macam biasa, mempersembahkan segala kebolehan, pengalaman kerja dan menjawab segala persoalan yang diutarakan. Event yang aku pergi hari Selasa lepas ada jugak membantu aku. Ada jugaklah perkara yang sepatutnya aku tak cakap, tapi selagi kita tak buat silap, kita takkan tahu di mana kelemahan kita. Habis sahaja sesi temuduga, ada la nampak sedikit harapan tetapi keputusan temuduga masih tidak dapat diduga sebab aku tak tahu berapa ramai yang dah hadir untuk temuduga ni. Aku juga sedar yang walau bagaimana hebat kita, masih ada lagi orang lain di sana yang lebih berbakat, lebih mahir, lebih berpengalaman dan lebih hebat daripada kita oleh itu aku tak nak 'Over Confident'. Apa pun, aku ingin ucapkan terima kasih kepada pihak SKALI Group kerana telah memberikan aku peluang dan meluangkan masa kepada aku untuk temuduga kali ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja lah nanti keputusan mereka macam mana, ok?

Mempelajari Apa Itu Private Cloud di Microsoft Malaysia

Aku kini sedang mengambil satu cuti (berani mati) tanpa gaji atas sebab-sebab peribadi. Walaubagaimanapun, aku masih lagi mewakili syarikat untuk menghadiri seminar disebabkan seminar yang diadakan bukan untuk individu. Aku sebenarnya memang dah lama tertarik dengan teknologi-teknologi baru yang berada di pasaran. Untuk event kali ni, Microsoft Malaysia telah menjemput aku untuk menghadiri satu event "Microsoft TechDays Best of MMS 2012 on 5th June @ Microsoft Auditorium". Memandangkan aku mempunyai banyak masa terluang, aku pun pergilah meluangkan masa menghadiri event ni.

Lobi Menara 2 Petronas
Untuk naik ke dalam menara Petronas ni, perlu mendaftarkan diri dahulu. Kawalan keselamatan kat sini memang ketat. Nak naik ke bahagian lif menara, kena lalu pintu pengesan besi dan beg kena masuk ke dalam mesin X-Ray.

Kad pelawat aku
29 tingkat kemudian, aku pun sampai ke Microsoft Malaysia.

Office Microsoft Malaysia, Tingkat 29, Menara 2 Petronas KLCC

Petunjuk ke event Best of Microsoft Management Summit 2012

Banner Microsoft Tech-Days Malaysia
Aku ada carik jugak HashTag #MYTechDays dalam Twitter, tapi takde pun? Agaknya sebab susah nak taip kut HashTag tu. Dulu aku pernah pergi event VMWare ada jer.

Kaunter Pendaftaran

Microsoft Wall of Fame (Malaysia) -
Aku tak berapa faham wall ni, tapi aku rasa dia letak senarai
mereka-mereka yang hebat dalam Sales Microsoft ni

Hadirin yang datang dan syarikat IT Training yang bukan booth promosi mereka

Pemandangan luar tingkap daripada Tingkat 29 Menara 2 Petronas KLCC

Acara bermula jam 10.30 pagi

Slide yang menunjukkan evolusi data center;
Virtualization sedang menular dengan pesat dalam industri data center

Slide ciri-ciri Microsoft Windows Server 2012

Borang maklumbalas acara hari ini

Raymond Chou, Managing Principal Consultant, Redynamics Asia memberikan ucapan
Walaupun telah mendapat makan tengahari "Subway", aku berasa agak bosan dengan acara hari itu. Bukannya apa, aku waktu tu walaupun ada perasaan nak belajar semua pasal Private Cloud dan Public Cloud ni tapi aku sedang mengalami satu simptom yang dinamakan "Jiwa Kacau". Meskipun begitu, satu panggilan telefon untuk job interview appointment telah memberikan satu penawar kepada simptom aku tu. Aku terus bergegas turun daripada Menara Petronas tu untuk menenangkan diri.


Suria KLCC: Tempat menarik bagi kaum wanita

Apa pun, event ni best dan aku telah membawa balik pelbagai brochure, beg kertas serta beg kain. Itu antara satu lagi sebab kenapa aku suka pergi event-event ni, banyak benda-benda free untuk dibawa pulang.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...