Jumaat, 25 Mei 2012

Tak Habis-habis Meeting di UTM JB

Sejak aku terlibat dalam 2 projek yang kedua-duanya aku terpaksa jadi pengganti, makin banyak yang aku belajar, makin pelik aku tengok macam mana pengurusan projek ni. Tapi aku tak nak la cakap banyak sebab nanti aku terlibat dalam politik yang tak menguntungkan pun. So, 24/4/2012 aku dan 2 lagi rakan seofis turun lagi ke UTM JB untuk bertemu dengan client. Aku ada 2 meeting kena attend, sebelah pagi projek fleet, sebelah petang projek LIMS.

Gambar konon-konon professional la
Tengah-tengah meeting tu, sekali tu masuk sorang staff pompuan UTM. Dia pandang aku, pastuh terus sebut nama aku. Aku terpinga-pinga sebab aku tak cakap apa-apa pun selagi sepanjang meeting tu berjalan. Lepas tu aku tengok balik, lerr..budak sekelas dengan aku waktu aku tingkatan 4 dengan 5. Rupanya minah ni dah jadi Doktor dah pun. Terasa diri begitu hina..wakaka..

Geng UPMU

Bilik operasi UPMU

En. Ay** sedang menerangkan sesuatu kepada master developer LIMS

En. Ay** masih lagi cuba menerangkan, tetapi belum berjaya. Member sebelah buat derk jer..
Aku terpaksa masuk campur perbincangan diorang ni supaya boleh cepat blah. Habis jer urusan hari tu, lega betul rasa sebab daripada pagi meeting petang pun meeting. Macam mana pun, urusan di UTM JB ni rasa macam tak berkesudahan la pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...