Rabu, 16 Mei 2012

Pemeriksaan Kandungan Ibu Mengandung Di Klinik & Hospital Kerajaan

Pada awal tahun ni, aku telah mendapat berita gembira yang aku akan mendapat cahaya mata yang ke-2 setelah cahaya mata aku yang pertama mengalami sedikit ujian. Syukur Alhamdulillah!!

Belajar daripada pengalaman sebelum ni, isteri aku memang jarang tak ambil pil 'Acid Folic' setiap hari untuk mengurangkan risiko kejadian sebelum ni. Disebabkan ada kes, kandungan belum cukup 3 bulan dah boleh bukak buku merah untuk pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan. Klinik Kesihatan Batu di Jalan Ipoh ni merupakan yang paling dekat dengan rumah aku.

Klinik Kesihatan Batu, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, KL
Walaupun aku dan isteri sampai awal jugak, pukul 8am dah ada kat sana. Kami terpaksa menunggu lebih 2 jam untuk segala urusan (ambil sampel darah dan jumpa doktor) selesai. Akhirnya doktor bagi advise supaya mendaftarkan diri terus kat Hospital untuk pemeriksaan yang lebih teliti. Memang yang hadir untuk jumpa doktor pada hari tu pun ramai.
Bahagian Ibu mengandung dan kanak-kanak
Tengahari tu jugak, aku dan isteri terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendaftarkan diri. Pada mulanya doktor bagi nasihat supaya rujuk kat HKL sebab dah pernah admit kat sana tahun lepas. Doktor call punya call, tak dapat-dapat nak bercakap dengan doktor yang bertanggungjawab. Akhirnya doktor kata bolehlah kalau nak pergi PPUM tu. So, kitorang pun pergi lah ke kaunter pertanyaan di Klinik Ibu Mengandung untuk buat pendaftaran.

Kaunter pendaftaran di Klinik Ibu Mengandung
Polisi Pendaftaran Pesakit Baru di PPUM
Kaunter Bayaran Klinik Ibu Mengandung PPUM
Kaunter Pendaftaran: Waktu Rehat 12.45pm - 2.00pm Harap Maklum
Suasana di Klinik Ibu Mengandung PPUM
Setelah mendaftar, terus ke tempat Ultrasound untuk proses scan. Mujur jugak isteri aku staf kerajaan di bawah agensi Kementerian. Walaupun kontrak, tapi segala tanggungan kewangan diuruskan oleh kerajaan. Hanya perlukan Guarantee Letter sahaja daripada pejabat.

Unit Ultrasound PPUM
Selepas ini, pemeriksaan bulanan sahaja lah nak kena hadir. Aku berdoa agar segala urusan dipermudahkan..Aminn..

2 ulasan:

  1. Kena bayar deposit tak masa mendaftar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk hospital jugak, kalau dari Klinik Kesihatan rekomenkan ke Hospital Kerajaan memang tak kena bayar apa-apa. Cuma RM1 jer waktu pendaftaran kat Klinik Kesihatan. Janji ada surat rekomen daripada doktor tau. Kalau dari Klinik Swasta yg rekomenkan ke Hospital Kerajaan, aku dulu kena cas RM150.

      Padam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...