Mengendalikan Training Di UTM International Campus Kuala Lumpur

Pada 26/4/2012 telah diadakan sesi latihan VRMS di kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Aku seperti biasa menjadi wakil syarikat telah membantu dan menyokong pihak CICT UTM dan pihak PHB. Memandangkan aku tinggal di KL, memang aku suka la sebab tak sampai setengah jam aku dah boleh sampai ke Jalan Semarak KL ni. Ada 2 sesi selama 2 jam setiap satu untuk acara latihan kali ni. Hadirin yang datang ada la dalam 20 - 30 orang.

Wakil CICT memberikan sepatah dua kata

Wakil-wakil PTJ dan Fakulti di UTM IC KL

Wakil PHB di import khas daripada JB

Senarai Aplikasi UTM Online. Banyak kan?

Wakil PHB memberikan penerangan sistem

Sesi ke-2: Wakil PHB UTM IC KL memberikan sepatah dua kata

Gambar ni kat bawah ni terima kasih kepada wakil CICT yang hadir sama waktu tu ambil.

Aku sedang memberikan sedikit maklumat teknikal sistem tempahan kenderaan ni

Zoom dekat sikit muka aku ketika aku tengah memberikan penerangan

Habis sudah sesi latihan di UTM International Campus KL maka sekarang ni tinggal tunggu untuk pelancaran rasmi untuk pihak UTM menggunakan secara rasmi sistem ini secara menyeluruh. Nanti kalau aku terima berita yang rasmi aku akan tulis lagi dalam blog aku ni.

You Might Also Like

0 komen