Jumaat, 11 Mei 2012

Mengendalikan Training Di UTM JB Secara Solo

Projek lab dah habis trainingnya, kali ni tibalah giliran untuk training fleet pulak. Kekurangan dan pemergian staf telah menyebabkan aku keseorangan dalam mengendalikan projek yang sepatutnya bukan kerja aku. Tapi semangat memperjuangkan syarikat yang semakin malap ni perlu diteruskan jua. Pada 19/3, berangkatlah aku ke UTM JB menggunakan kenderaan 4WD syarikat.

Kat area highway selepas Melaka, terserempaklah aku dengan bas UTM ni. Bestnya kalau aku naik bas, boleh lepak dan tidur.

Bas UTM bernombor plet JGN2006
Sampai jer di Skudai, dah waktu makan tengah hari. Kol member sekelas aku yang kerja kat UTM SPACE untuk makan tengah hari sekali. Makanlah kat kedai Sedap Sup di Taman U. Lauk-pauk boleh tahan, murah pun murah.

Gerai lauk-pauk dalam kedai Sedap Sup
Ada gulai kawah lagi
Makan pun sudah, kini tibalah masanya untuk berjumpa dengan klien. Ofis Unit Kenderaan ni tersorok sikit.

Ni Pusat latihan Pejabat Harta Bina tapi untuk tujuan lain

Tempat parking bas-bas UTM

Ruang meja depan Unit Kenderaan PHB
Ada la dalam sejam lebih jugak meeting dengan pegawai eksekutif kat Unit Kenderaan PHB ni khas untuk prepare sesi latihan esoknya.

Uncle Bob di Giant Hypermarket Pulai Utama
1st time aku jumpa kiosk ayam Uncle Bob kat Pasaraya. Sebelum ni aku jumpa kat pasar malam jer. Aku memang peminat ayam Uncle Bob. Pernahlah jugak try Ajak's Fried Chicken tapi rasa dia tak sehebat Uncle Bob ni. Dah habis berjalan-jalan sengsorang kat Giant Pulai ni, balik la ke Hotel Rose Cottage Taman U dan tidur.

Keesokan harinya bermulalah sesi latihan. Hadirin yang dijangka hadir adalah daripada wakil fakulti di seluruh UTM.
Bilik Latihan 3 CICT UTM JB

Bilik latihan masih kosong
Para hadirin terdiri daripada wakil fakulti/PA dekan dan sebagainya..Kebanyakkannya perempuan..
Sebelah hujung sikit baru la nampak lelaki..
Pegawai Eksekutif Unit Kenderaan PHB memberikan taklimat
Aku bernasib baik sebab walaupun sepatutnya aku yang mengendalikan sesi latihan ni, pegawai daripada PHB dengan sukarela memberikan taklimat dengan panjang lebar mengenai cara menggunakan sistem. Gambar aku takde waktu aku beri taklimat sebab takde orang nak tolong snapkan. Tapi aku ni bukan orang yang giler glamer so tak penting pun kalau aku bergambar..haha..

Ni gambar seberang jalan pejabat CICT UTM JB
Sebelah petangnya, cuma ada 4 orang jer yang hadir. Tu pun sebab diorang baru dapat surat jemputan pada sebelah pagi tu. Wakil PTJ sorang pun takde. Tapi latihan tetap diteruskan jugaklah walaupun tak ramai.

Hadirin sebelah petang yang hadir
Memandangkan terdapat sedikit salah faham, sesi latihan terpaksa ditunda ke hari lain khas untuk PTJ. Petang tu jugak aku balik KL dan sekali lagi akan turun semula ke UTM JB.

Bersambung..

2 ulasan:

  1. blog anda ini saya selalu jadikan rujukan utama dalam masalah rumah tangga saya. Terima kasih kerana memberi info2 berguna..terutamanya dalam merungkai masalah2 berkaitan vibrator ring.......:)

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...