Jumaat, 25 Mei 2012

Kembali ke Unit Kecemasan PPUM

Kes sakit belakang isteri aku masih lagi belum selesai, sejurus selepas sesi latihan kat UTM KL, petang tu aku dah kembali bersama isteri aku ke Unit Kecemasan PPUM.

Kaunter penyaringan Unit Kecemasan (Triage Counter)

Triage counter

Sebelum dibenarkan masuk berjumpa doktor, kat kaunter Triage ni dia akan check suhu badan dan tekanan darah. Habis jer kat situ, terus pergi ke kaunter bayaran dan dapatkan nombor giliran. Lebih kurang sejam lebih kemudian, baru la sampai giliran isteri aku untuk diperiksa.

Dalam Bilik Konsultasi Unit Kecemasan

Kat Unit Kecemasan ni memang prosedur dia kena ambil darah dan sampel urine sekali lagi. Jadinya terpaksa tunggu 2 jam untuk keputusan keluar. Waktu ni badan isteri aku masih lagi panas sebab demam. Doktor cakap kalau demam tu maksudnya masih ada infection dalaman.

Sementara tunggu keputusan darah dan air kencing, doktor masuk drip IV kat isteri aku

Bila tengok IV drip ni, teringat waktu aku masuk wad dulu. Memang jarum dia besar betul. Aku sebenarnya takde masalah nak tengok jarum atau darah, tapi memang sejak aku umur 16 tahun, bila aku kena inject jer, badan aku jadi macam 'shock', tak lama lepas tu mesti aku pitam. Aku ingat lagi waktu tingkatan 5, aku dengan penuh konfiden cucuk jari sendiri waktu kat lab biologi nak test darah sendiri jenis apa. Mula-mula okay, tapi 2-3 minit lepas tu kepala jadi ringan, badan berpeluh-peluh rasa tak larat. Terus aku jalan kat belakang lab duduk bawah meja lab yang tinggi tu. Rupa-rupanya bukan aku sorang je duk tengah nyorok kat bawah meja tu, ada geng lagi rupanya. Sejak daripada peristiwa tu, aku tak pernah tahu jenis darah aku sampailah umur aku 28 tahun bila aku dapat kad jenis darah aku daripada laporan lab untuk pembedahan aku kat Hospital Selayang. Darah aku rupanya darah jenis O+

Ke mana aku dah cerita da..pukul 6 petang, doktor bawa isteri aku pergi scan sebab nak tengok kandungan dan jugak nak kenalpasti sama ada apendiks atau tak. Pukul 8pm lebih baru jumpa doktor balik. 4 orang doktor berlainan dah datang periksa isteri aku siap sorang tu doktor bedah nak kenalpasti sama ada sakit belakang isteri aku tu sebenarnya urine infection atau apendiks. Akhirnya, doktor release jugak isteri aku tapi kena masuk wad. Pukul 10pm lebih baru dapat masuk wad.

Wad Ginekologi Tingkat 10 PPUM

Signboard waktu melawat wad di PPUM

Katil di Wad Ginekologi 

Kat wad ni suami tak boleh tinggal untuk jaga isteri, jadinya aku terpaksalah balik keseorangan. Mujur jugak rumah mak aku dekat dengan rumah aku, jadinya aku kembali menjadi anak mak sementara menunggu isteriku sembuh..haha..

1 ulasan:

  1. ooohh itu wad 10U, wad tmpt adik saya kerja... oops maaf, lupe nk perkenalkan diri. saya follow blog incek, sbb saje2 cari info bkenaan baby. tetibe jd leka dok baca mcm2 cite plk dlm blog incek ni.. (saya juga bsalin di PPUM dh 2 kali). yg terbaru bby lahir di PPUM juga pd sept.

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...