Check Up Kesihatan Ibu Mengandung di PPUM (1st)

Sebelum ni pergi ultrasound check-up sebab nak tengok kandungan okay ke tak sebab dulu ada kes. Kali ni pergi buat check-up kesihatan ibu mengandung pulak kat PPUM.

Stesen Jururawat
Lepas dah timbang berat dengan ambik tekanan darah, rupanya kena check glucose dalam darah. So minumlah si ibu mengandung satu mug air glucose. Dah minum, kena tunggu 2 jam pulak nak tengok badan boleh proses tak glucose tu. Dengan tidak semena-mena, ibu-ibu mengandung tadi yang minum air glucose tu dijemput menghadiri ceramah. Sang suami pun kena tarik jugak masuk ceramah tu.

PPUM: Hospital Rakan Bayi

Wooppsss....gambar 18sx...

Definisi kelahiran
Banyak jugak tips-tips untuk aku yang bakal menjadi bapak ni. Tapi dah berapa minggu berlalu, aku macam dah tak berapa ingat dah apa kau dengar hari tu..hahahaha..

Proses ambik darah

Doktor ni bini aku citer menggunakan ayat yang begitu menenangkan "Tajam sikit ni.."..

Ruang menunggu kat Klinik Ibu Mengandung
Lepas jumpa doktor, perut pun dah berkeroncong. Aku terus bawak isteri aku ke Ikan bakar Jalan Bellamy kat belakang Jalan Istana.

Gerai makan Seri Menanti

Ikan bakar yang sedap dan besar. Harga pun murah..

Kedai makan ni layan diri tau..jangan datang sini duk tunggu orang nak datang serve pulak
Banyak lagi siri-siri check-up yang akan datang nanti aku update kemudian.

You Might Also Like

0 komen