Khamis, 10 Mei 2012

Berkunjung ke UTM Kuala Lumpur


Balik saja daripada utara, esoknya aku bertugas kembali tetapi bukan kat UTM Skudai JB sana, kali ni kat UTM International Campus Kuala Lumpur. Sistem yang dibina oleh syarikat tempat aku bertugas bukan sahaja khas untuk UTM JB, tapi jugak untuk UTM IC KL. Memandangkan aku cuma bertindak sebagai pembantu/pemerhati, aku join ajer lah training ni. Dekat jer dengan rumah aku kalau berbanding dengan pejabat.

Pintu masuk UTM International Campus KL
Pintu masuk UTM International Campus KL (pandangan lain)
Time aku sampai kat tempat ni, team aku daripada ofis pulak sangkut dalam perjalanan. Kereta breakdown pulak. Mujurlah bos bertindak sebagai penyelamat, sampai jugak mereka walaupun lewat sikit.

Lab komputer Linux
Lab Linux ni menempatkan komputer-komputer yang agak lama la specnya. Peserta merungut komputer slow la, network slow semua, pindah la pulak tempat training.
Lab komputer Linux
Ni lab komputer kat CICT. Baru la bersemangat semua peserta nak belajar. Memilih jugak diorang ni rupanya.
Lab komputer CICT
Perbincangan dengan staf UTM
Aku tak join pun meeting diorang kat atas ni, tak paham apa pun apa diorang bincang. So aku pun lari la kejap pergi jumpa dengan bos sistem kenderaan pulak. Saja la nak tengok tempat diorang.

Balai Pemandu Unit Kenderaan PHB
Ni balai pemandu kat UTM IC KL. Pemandu kat UTM IC KL ni tak ramai sangat pun.Bengkel pun kecik jer.

Bengkel Kenderaan PHB UTM IC KL
Pemandangan luar bengkel PHB UTM IC KL
Setakat ni jer la cerita kali ni. Projek ni ambik masa yang agak panjang, jadi memang ada banyak lagi gambar-gambar yang aku akan paparkan kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...