Ahad, 6 Mei 2012

Balik Kampung di Yan Kedah

Aku ni sebenarnya generasi mereka yang mak bapak berhijrah ke KL untuk mencari rezeki, jadinya boleh dikatakan aku ni orang bandarlah. Keluarga sebelah arwah bapa aku pulak berhijrah dan menetap kat KL tahun 1970-an dulu tapi ada lagi la kampung di Kedah sana. Memang setiap tahun pun aku dan keluarga akan balik ke Kedah berjumpa sanak saudara di sana. Awal bulan Mac yang lepas, aku berkesempatan la ke Kedah sebab sepupu aku berkahwin. So, mari kita ikuti perjalanan pulang ke kampung mak aku:

R&R Gurun Kedah
 R&R Gurun ni aku tengok dalam tips2 di Foursquare kata surau dia best, so aku pun pergi la singgah semayang sekejap pastu alang-alang wusha la sekali.

Ruang semayang di Surau R&R Gurun
Memang betul best pun. Sejuk, tenang dan aman jer rasa kat dalam surau tu walaupun takde air-cond. Sangat menarik.

Pokok kaktus-agaknya nak simbolik nama tempat kat sini kut 'Gurun'
Lepas je R&R Gurun ni, ada satu persimpangan keluar baru di Pendang. Kami keluar di situ dan menuju ke Kota Sarang Semut. Kampung mak aku sebenarnya di Pendang tapi dah berpindah ke tempat lain setelah arwah datuk meninggal. Singgah dulu kat rumah nenek aku di tepi sawah:

Bergambar di hadapan rumah nenek
 Jarang aku nak dapat tengok pokok kekabu macam kat gambar bawah ni:

Pokok kekabu di depan rumah nenek aku
Off road: Habis kotor tayar kereta masuk becak tapi ni la baru namanya balik kampung..betul tak?
Lepas melawat nenek, pergi pulak rumah kakak sulung mak aku. Nama kampung ni Kampung Jemerlang. Kat Kedah ni nama tempat pelik-pelik, tapi kat negeri memana pun nama pelik-pelik jugak. Esoknya kenduri sebelah lelaki. Orang rumahnya orang Kelantan.

Makan pengantin- Orang Kedah dengan orang Kelantan

Tetamu-tetamu yang datang
Tak lama menginap di Kedah. Keesokkan harinya dah balik ambik isteri di Ipoh dan seterusnya balik KL.

Pau Yik Mun: R&R Ulu Bernam
Dalam perjalanan balik ke KL, terserempak dengan Pau Yik Mun kat R&R Ulu Bernam. Ada pernah sekali tu tengok kat TV katanya sedap pau Yik Mun ni. So, aku pun beli la sikit. Memang sedap pun. Nanti kalau berkesempatan balik Ipoh rumah mertua nak singgah dan beli lagi pau ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...