Rabu, 14 Mac 2012

Balik KL Naik Lori Tunda

Macam-macam hal berlaku, dah la malam sebelum tu hotel kena rush, esoknya nak balik KL, kereta pulak breakdown. Nasib baiklah kereta syarikat, kalau kereta sendiri, rabak habis dompet. Biar aku tunjuk sikit gambar kereta syarikat ni besar mana:

Kia Sorento
Abaikan 2 orang mamat yang berposing kat belakang tu. Sebenarnya malam sebelum tu waktu aku nak balik hotel, aku dah rasa dah kereta tu macam ada problem. Aku tekan pedal minyak, takde respon apa-apa. Dah lama lepas tu baru rasa minyak masuk baru rasa ada pick-up. Sekejap jer benda ni berlaku lepas tu dah okay. Esok paginya pergi meeting macam biasa, tengah hari tu dah boleh balik. So dengan pantasnya kitorang bergerak balik lepas makan tengahari.

Kat highway PLUS baru jer nak lepas persimpangan Machap, tiba-tiba kereta loss power. Kura-kura pun boleh kalahkan kereta Sorento ni. Kitorang pun lepak jap kat tepi rumput tepi highway sambil membuat panggilan ke ibu pejabat. Ibu pejabat kata, lepak dulu, pertolongan akan tiba. Tapi ibu pejabat kat KL sana, nak sampai pun amik masa kurang-kurang 4 jam. So kitorang pun keluarlah daripada highway tu dengan power enjin kereta yang ada pastu park kat sebelah tandas kat Plaza Tol Machap.

Kat plaza tol tu, kol bantuan duk masih lagi berterusan. Akhirnya bos buat keputusan untuk tarik kereta balik KL daripada mencuba nasib repair kat bengkel sekitar Machap ni. Kebetulan pulak waktu tu hujan, enjin kereta pulak jadi gila running kat RPM merah so tak boleh la nak lepak dalam air-cond. Terpaksalah lepak kat surau plaza tol tu dah kedai makan apa pun takde. So kitorang pun tunggulah trak tunda.

Ada pulak drama disebalik nak kol trak tunda ni. Bos dah gerak dari KL nak rescue kitorang, half way sampai kat Ayer Keroh Melaka, orang trak tunda kol bos kata tak payah sebab jarak diorang lagi dekat, sejam je dari JB. Bos pun patah balik KL. Kitorang pun tunggu. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Daripada pukul 4 petang sampai jam 7.40pm dah gelap dah baru trak tu sampai. Dah la memula kol tauke kedai tu nama dia Appu, dia sub kat cina mana ntah, cina tu sub lagi kat dia punya pekerja pastuh sub lagi kat dia punya driver. Punya la banyak sub, tu yang lambat tu. Kitorang memang time tu dah lapar giler.

Lori tunda baru nak sampai
Kereta tengah bawak naik atas lori
Angle lain sikit tengok camner Sorento MPV ni kena angkut naik atas lori
Kereta Sorento dah settle ikat, dah ready nak berlepas
Meh aku tunjuk video sikit kat bawah ni:


Laju jugak lori tunda tu bawak. Dah ler dengan hujannya semua. Driver lori tu memang stamina tinggi betul, tak berhenti langsung daripada Machap ke KL. Akhirnya selamat jugaklah sampai kat Serdang hantar kereta tu terus depan Kia punya workshop.
Naza Kia Motors Seri Kembangan
Kia Sorento diturunkan daripada trak tunda
Kematu buntut aku duduk atas lori tu, langsung tak boleh nak tido aku time tu. Mujur bos datang amik kitorang kat depan bengkel kereta tu, belanja makan semua. Aku sampai rumah malam tu pukul 1 pagi hari tu.

Memang penat siuttt!!

Jumaat, 2 Mac 2012

Hotel Rose Cottage Taman U Skudai Kena Serbu La Pulak

Dah bulan Mac dah pun. Tak sempat aku nak menulis apa yang berlaku dalam bulan Februari, dah masuk bulan baru pulak. Kena catch up dengan pantas ni. So bulan lepas merupakan bulan ke-3 aku mengambil alih tugas yang sepatutnya takde pun dalam profile kerja aku. Tapi memandangkan aku punya kelulusan pun apa jer sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain dalam ofis aku ni, aku terima jer la walaupun gaji aku tetap sama jer pun. Saja la nak try benda baru kan. Tak boleh komen banyak-banyak pasal benda ni sebab nanti timbul gosip lain..haha..

20hb yang lalu, aku dan geng aku Fendi ada tugasan di UTM Skudai JB. So kitorang pun geraklah pagi-pagi pada Monday blues. Sampai kat JB dah tengah hari dah, pergi check-in dulu kat Rose Cottage Hotel Taman Universiti kemudian pergi makan tengah hari dulu siap-siap kat Restoran Mak Jah pastuh buat kerja di CICT UTM. Dah lewat petang baru kitorang balik, terus pergi makan malam Roti Nan Cheese dengan Ayam Tandoori kat Kedai Jalal. Malam tu pulak 1st episod cerita 'Apa Celop' kat TV3. Tengok sampai habis dulu pastu baru balik hotel.

Sampai-sampai kat hotel tu, kitorang lepak-lepak dulu sambil test-test WiFi kat hotel tu. Tengah lepak-lepak tengok Facebook semua pastuh aku baru jer ingat nak pergi mandi, sekali tu ada orang ketuk pintu. Aku pun dengan bertuala (tapi pakai baju lagi la..yapada..) bukak la pintu, rupanya ada aktiviti serbuan sedang dijalankan. Aku pulak lupa nak tanya dan mintak diorang tunjuk kad kuasa ke apa ke, diorang mintak aku kasi IC, aku pun ambik la IC aku pastuh cakap kat Fendi suruh kasi IC sekali. Alih-alih tengok diorang dah masuk dalam dalam bilik kitorang. Ni kiranya pengalaman hampir ditangkap khalwat ke-2 aku la kut, tapi aku dengan member lelaki seofis aku so tak boleh la dianggap khalwat la kan. Kalau yang dulu pulak aku hampir ditangkap khalwat kat hotel murah dekat dengan ofis aku tu dengan bini aku sendiri, so takde masalah apa-apa la.

Aktiviti Serbuan dari bilik ke bilik sedang dijalankan
Sambung cerita. Diorang tanya kitorang "Korang ni student ke? Siap dengan printer semua, tengah siapkan assignment ke?". Kitorang jawab la, "Bukanlah Encik, kitorang ni ada kerja kat UTM". Pastuh Fendi tanya kat anggota tu, "Encik ni polis ke jabatan agama?", dia boleh pulak jawab "Muka saya takde nampak macam jabatan agama ke?", bukan nak jawab soalan. So, kitorang pun tertanya-tanya la sama ada diorang ni betul ke polis atau jabatan agama.

Cuba tengok pegawai ni, siap tumpang duduk lagi atas katil aku:

Selamberia jer lepak dalam bilik kitorang
Ada la sorang pakcik ni tak tahu la bos diorang ke sapa ntah, nampak macam orang kuat diorang siap dengan kumis macam A. Galak masuk bilik kitorang pastuh tanya-tanya la. "Korang tengah buat apa tu? Tengok internet ke?", memang kitorang tengah bukak laptop duk tengok2 Facebook. Sekali tu dia tanya "Ada barang baik tak?", kitorang pun jawab la "Mana ada Encik". Dia tanya balik "Korang nak tahu tak cara nak tengok barang baik punya?", kitorang cakap "Takperlah Encik". Giler ko time-time kritikal camtu boleh pulak nak offer boleh tengok barang baik punya, silap-silap dia saja jer nak trap. Anggota yang duduk atas katil aku tu siap tunjuk lagi IC orang bilik sebelah, katanya pasangan Sarawak kahwin dgn org Sabah, tapi dah kahwinlah.

Lepas habis anggota tu amik nama, IC number dengan alamat (siap komplen lagi cakap apsal korang punya alamat ni panjang-panjang sangat), diorang pun beredar. Takde pulak aku nampak pasangan yang kantoi kat level floor aku tu. Tak tahu la pulak kalau kat level lain ada. Waktu masa tu baru pukul 10.30pm lebih. Dah tengah malam, takde pulak orang datang serbu lagi. Agaknya polis ni ada masa-masa operasi dia kut. Kalau kantoi tu nasiblah kan? Tapi tu la, kacau mood kitorang nak tidur la diorang ni.

Moralnya di sini, janganlah sesekali membuat maksiat.


Melawat Kuantan Jan 2012

Selepas habis kerja di JB, aku ambik bas ke Kuantan. Mulanya tiket aku beli online tu malam, tapi tanya kat kaunter Transnasional, dia boleh ubah ke waktu yang lebih awal, tapi ada cas RM0.50. Sikit jer pun cas dia. Pukul 6.30pm jer, bas bertolak. Sampai kat Kuantan pukul 11.30pm. Memang separuh perjalanan tu aku tido.

Kat Kuantan, aktiviti keluarga (rumah Abg ipar aku kat Kuantan ni) dijalankan sebab petang tu dah nak balik KL. Ni gambar-gambar yang sempat aku ambik:


Mungkin aku tak pergi kat tempat yang sepatutnya kut sebab takde apa yang menarik sangat pun. Tapi tak kisahlah semua tu, yang penting dapat bawak mak dan bapa mertua berjalan ke tempat orang.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...