Isnin, 26 Disember 2011

Servis Kereta Wira Aku Yang Ke-3 Tahun ni

Beberapa bulan yang lepas, hampir 2 bulan kereta aku berehat di rumah sebab kebetulan aku dan isteri pergi kerja sekali. Tapi tu semua sementara jer sebab akhirnya isteri aku dapat kerja di sebuah agensi kerajaan terletak di tengah-tengah bandaraya KL yang ada hutan-hutan sikit. Kira okaylah tu kan? So, aku kini kembali menggunakan kereta Proton Wira aku. Memandangkan sehari aku bergerak hampir 100km, makin cepat la kereta ni kena servis minyak hitam.

Baru-baru ni, ada dengar pulak bunyi pelik macam bearing dah rosak. Dia macam ada bunyi besi bergesel sikit di kipas radiator. Hari tu dah water pump kereta Proton Wira aku bunyi macam tu, kali ni radiator pulak? Aiyooo.... Aku pun hantar la kereta ke bengkel kegemaran aku yang terletak tak jauh daripada rumah aku:

Kereta aku masuk bengkel lagi da..
Mekanik kat bengkel tu pun periksalah kereta aku, dia check-check pastu cakap aku punya radiator motor dah nak rosak. Aku sebelum ni dah ada pengalaman dengan kipas radiator ni, dah 3 biji kereta aku sebelum ni alami overheat ni. Jadinya aku tak nak ambik risiko lagi bila sampai bab-bab cooling system kereta ni. Susah woo kalau kereta terpaksa bersidai di tepi jalan bila kereta overheat ni, lagi-lagi la kalau kat tengah-tengah jalan jem, macam-macam dugaan akan muncul daripada tonto sampai la ke maki hamun orang. Aku tak sanggup nak hadapi semua tu lagi jadinya baik la aku habiskan sedikit duit baiki benda yang dah ada tanda-tanda nak rosak daripada rosak tengah jalan yang lagi banyak duit aku yang akan terkorban.

Mekanik bengkel menyiasat kerosakan
Bila dah bukak hos radiator, coolant pun terpaksa dikeluarkan sikit. Kena la isi coolant lain. Baru jer aku ganti coolant waktu tukar water pump, dah kena tukar lagi sekali. Tapi takperlah, demi kesejahteraan.

Rupa radiator fan bila dikeluarkan (Proton Wira 1.5l Engine Compartment)
Rupanya bila mekanik tu check-check lagi, ada pulak lagi benda lain yang dah rosak. Belt water pump aku terkena batu kecik pastu terbelah dua. Boleh nampak ada line terbelah tu kat belt tu. Kena tukar pulak.

Belt water pump yang terkena batu kecil dan terbelah
Bila kereta dah lama ni, macam-macam benda nak rosak. Macam orang la jugak kan? Bila dah makin tua, sakit sana-sini. Tak pun kalau sihat je memanjang, akan sampai satu masa bila sakit pulak memanjang. Itu la cabaran kehidupan.

Motor radiator fan gantian
Kalau nak beli alat ganti ni, tak boleh main beli jer kat kedai alat ganti tu. Kena tengok jugak spesifikasi dia. Kalau main beli pastuh tak boleh ngam nak masuk, dah nak kena pergi balik kedai alat ganti tu tukar, jadinya leceh la. Ada baiknya suruh jer bengkel tu yang tukarkan. Dulu aku rajin la beli alat ganti dulu pastuh bayar jer upah mekanik pasang. Tapi sejak aku pernah beli barang dulu pastu mekanik tu check, benda lain pulak yang rosak dan aku dah malas nak pergi tukar, aku dah lama tak amalkan amalan tu lagi dah. Kononnya nak jimatkan duit la sikit, tapi letih nak berkejar sana sini carik barang pastuh dengan duit minyak motor lagi (time tu ada guna motor, sekarang dah jual dah motor tu). Pengajarannya di sini, berjimat tu boleh tapi bergantung kepada keadaan.

Rupa radiator fan kena cabut
Hampir 2 jam jugak la aku melepak kat bengkel ni menengok semua kerja-kerja repair. Akhirnya, kereta aku dah siap:

Radiator fan motor aku yang baru
Tengok, bersinar jer motor radiator fan aku yang baru. Nak bawak keluar kereta daripada bengkel, kena lah bayar dulu kos repair. Berdebar rasanya bila kerani dalam ofis tu tengah tekan kalkulator nak keluarkan bil:

No. Item Harga (RM)
1  Engine Oil (NASA VR 12)  55.00
2  Oil Filter Bosch  12.00
3  Coolant (Proton Genuine)  28.00
4  Spark Plug (Proton Genuine)  25.00
5  Water Pump Belt  25.00
6  Labour Charges  10.00
7  Fan Motor & Labour Charges  180.00

 Jumlah  335.00

Aduh..RM300 lebih kau!

Kalau pukul rata untuk cover last servis sepanjang 5 bulan lepas, dalam RM67 sebulan kira okaylah tu. Tapi dalam kegawatan ekonomi syarikat tempat aku kerja dengan projek yang baru nak nak masuk dan gaji pun dicatu, sakit jugak la poket aku ni. Tapi itulah kegunaan kad plastik keluaran bank. Mujur jugaklah aku ni dalam kategori boleh kawal perbelanjaan aku sekarang ni, kalau tak mesti dah maksimum aku kerjakan kad plastik tu.

Okaylah, kena sambung buat kerja nak bayar hutang-hutang tertunggak..adehh..

Rabu, 21 Disember 2011

Pengalaman Mengendalikan Program Latihan IT di UTM Skudai JB

Kali terakhir aku ke JB adalah pada bulan Mac lepas. Waktu tu sebab nak hantar tender dokumen. Syarikat tempat aku bekerja ada dapat 2 projek baru tahun ni di UTM, projek ni di bawah seliaan department tempat aku bekerja. Tahun ni merupakan saat sukar jugaklah, banyak halangan dan rintangan terpaksa dilalui oleh semua staf tempat aku bekerja. Namun demikian, kerja tetap kena buat jugak lah walau susah macam mana pun. Itu adalah lumrah kehidupan.

Untuk projek di UTM ni, aku memang tak pernah pernah terlibat pun. Kalau tak disebabkan oleh kekurangan staf di ofis, aku memang takdenya nak turun UTM ni. Tapi apa pun, ianya satu pengalaman yang baru dan sudah semestinya aku sebagai seorang 'Jay' mesti melihat, menimba dan mencuba sesuatu yang belum pernah aku alami sebelum ni. Macam biasa, aku kalau blog takde gambar memang tak syiok nak berblogging ni. Mari kita tengok gambar-gambar yang aku sempat snap:

Aku ber'camwhore' di depan CICT UTM
Aku rasa kat CICT ni tempat yang paling student UTM suka, terutamanya pelajar asing. Aku perasan kat UTM ni, makin ramai pulak pelajar dari Arab, Negro dan orang-orang asing ni. Jarang pulak aku nampak student melayu duk lepak sini. Oh yer, kenapa diorang lepak kat CICT ni? Sebab ada WiFi free untuk student. Aku bukan student jadi internet aku takleh nak akses guna WiFi.

Master programmer (Iwan) aku tengah khusyuk buat kerja di bilik operasi
Kat sini la tempat aku lepak dengan teman sekerja sepanjang aku berada di UTM. Bilik ni memang khas untuk kitorang yang buat sistem untuk kegunaan staf UTM ni. Amik kabel LAN satu, cucuk kat laptop, dapat la akses ke internet. Malangnya, internet di dalam CICT tu kalau waktu pejabat memang terasa dia punya speed sangat lambat. Biasalah tu, internet sharing. Lagi ramai orang guna, lagi sikit la bandwitdh kita dapat. Tapi kalau lepas pukul 5pm, laju jer internet.

Satay Pak Lah
Aku kiranya first time la sampai kat Taman U JB ni, jadinya diorang pun bawak la aku makan kat satu kedai makan ni. Cuba la satay Pak Lah ni, tengok ni:

Satay Pak Lah
Kebetulan pulak, hari pertama tiba di UTM JB ni merupakan hari lahir salah seorang daripada member yang ikut sama ke UTM JB. Jadinya kena lah makan special sikit. Memang sedap satay ni, isinya lembut dan manis jer. Kalau nak compare dengan satay Kajang Haji Samuri, memang saiz dia jauh lebih kecik tapi bagi aku kira okaylah. Jumlah bayaran untuk satay ni jer, RM16.

Aku dan besday girl Dayah
Habis makan, hantar besday girl balik hotel dia. Aku dan Iwan balik la ke rumah sewa bujang. Katanya rumah ni dah lama orang tak duduk, ada la bebudak department lain yang selalu ke JB menginap kat situ tapi dah lama la tak datang. Masuk-masuk dalam rumah tu, bau semacam jer. Pastuh tengok kat depan bilik air, penuh dengan ketulan-ketulan hitam. Iyeekkkkkk..tahi tikus..Aku try bukak air kat tandas, tak keluar pulak. Dah try bukak main pipe kat depan rumah, air kat singki dapur jer keluar. Satu tempat jer air keluar iaitu di shower bilik air master bedroom. Jam time tu dekat pukul 11pm dah, rimas aku tengok tahi tikus bersepah tu. Malam tu jugak aku bersihkan sikit-sikit. Dah la ada 2 bilik air, aku cuci 1 bilik air jer kat master bedroom sebab aku nak mandi. Tak sanggup aku mandi dalam bilik air yang kotor. Master programmer aku duk sibuk buat programming dia. Jadinya aku setel kan semua tu, pastuh tido. Aku dah siap bawak cadar, sarung bantal dengan toto aku sendiri lagi:

Katil tempat tidur aku..layan citer Dexter Season 6 dulu sebelum tido
Keesokan harinya, bermulalah sesi UAT.

Besday girl membuat pembentangan sistem
Tempat training ni terletak di satu tempat yang digelar 'pulau'. Memang jauh ke belakang UTM punya kampus baru la sampai tempat ni. Line telefon Maxis aku pun kejap ada kejap takde. Internet guna telefon aku lagi la tak dapat, ada GPRS jer, nak akses FB pun tak lepas. Nasib baik network LAN berfungsi so sempat la jugak berinternet sambil2 tu.

Kakitangan UTM yang hadir ke sesi UAT
Ada dekat 30 orang yang hadir dalam sesi UAT ni. Daripada apa yang aku difahamkan, sesi UAT ni sepatutnya dah peringkat terakhir dalam pembinaan sistem dan diuji oleh penggunanya. Malangnya, sesi UAT ni dah bertukar menjadi sesi perbincangan pulak. Apa boleh buat, inilah antara cabaran-cabaran membuat sistem aplikasi untuk kegunaan universiti.

Master programmer aku gigih melihat coding PHP..Ada macam cerita The Matrix tak?
UAT ni separuh hari jer, lagi separuh hari habiskan masa di bilik operasi. Memandangkan esoknya ada sesi latihan pulak yang katanya akan dihadiri lebih kurang 150 orang, kitorang bersiap sedia la buat kerja sampai ke malam. Sempat jugaklah aku tengok Tentang Dhia kat lobi CICT tu walaupun takde suara:

Tengok cerita 'Tentang Dhia' di CICT UTM
Keesokan harinya, sesi latihan bermula jam 10am lebih setelah pagi dihabiskan dengan menunggu kedatangan semua staf yang dijemput. Ada pulak lagi masalah teknikal semua, antaranya adalah login ID staf takde lagi dalam sistem.

Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Ada satu masalah utama yang berlaku, server development yang tengah buat training tu boleh 'hang'. Nasib baiklah master programmer aku dengan staf CICT boleh tolong akses server restart balik semua baru jalan. Heran jugak kenapa boleh jadi macam tu, sedangkan nak kata ramai, takde la seramai satu universiti nak pakai sistem tu.

Terima kasih kepada staf CICT dan staf jabatan makmal kerana membantu kami mengawal jumlah staf yang agak ramai ni. Sememangnya satu pengalaman yang kami sendiri jarang hadapi. Sesi latihan diakhiri dengan makan dan minum petang:

Lobi CICT Tingkat 3
Pada aku, boleh tahan la roti jala dengan kari ayam dan nescafe hari tu. Ada lagi baki berapa keping roti jala. Kesian kat besday girl la sebab terpaksa naik turun bilik training sebab ada 2 training berjalan serentak waktu tu. Makan malam tu memang special sikit, tengok ni:

Nan Cheese Ayam Tandoori - Kedai Jalal
Walaupun servis kat Kedai Jalal ni agak lambat, tapi memang nan cheese dia best. Lembut dan kenyal. Ish, terasa  lapar la pulak bila tengok gambar nan cheese kat atas ni. Dah la, aku nak sambung buat kerja lain ni. Aku dah dijadualkan untuk ke UTM JB lagi ni pada 29/12 minggu depan untuk projek yang lagi satu. Yang aku nak pergi ni, aku akan jadi 'kapla' sebab dah aku ganti tempat orang yang dah resign sebelum ni. Doakan yang terbaik untuk aku, wokey?

Khamis, 1 Disember 2011

Bertandang ke FFM ke 24

Pertama kali aku dengar FFM, apa benda tu? Setelah di Google, rupanya Festival Filem Malaysia. Atas sebab-sebab teknikal tempat kerja isteriku, tiket jemputan dapat kat isteri aku dan aku pun tak mensia-siakan peluang yang ada:

Kad jemputan FFM-24
Acara bermula jam 9 pm, tapi jemputan untuk masuk ke dalam tempat acara berlangsung bermula jam 7 pm. So, aku dan isteri bertolak daripada KL ke PICC Putrajaya pukul 6.30pm. Sampai je kat PICC, cari-cari surau nak sembahyang maghrib, rupanya ada kat hujung nun. Tapi surau dia okaylah, boleh kata besar jugak la. Sesuai la dengan saiz PICC tu. Dekat pukul 8.45 pm baru kitorang masuk:

Gambaran dalam majlis FFM ke 24 daripada tempat VIP warna hijau (tag warna kad)
Acara bermula dah dekat pukul 10pm dah pun. Agaknya sebab karpet merah punya acara kat luar dewan tu yang amik masa. Keluar la si Johan dengan gitar dia (eksyen jer lebih, bukannya dia terer main pun):

Johan Raja lawak jadi hos
Kamera yang aku bawak merupakan kamera digital instant yang diwarisi daripada arwah bapa aku. Snapnya lambat gambar pastu bila dalam gelap kabur sikit, snap sikit goyang. Nak kena beli lain la lepas ni. Antara gambar-gambar yang sempat aku snap:

Pasangan Zizan dan Juliana Evans
Marsha dan Dafi membuat persembahan
Shaheizy Sam sapa orang depan aku
Geng KRU duduk sekali dgn Lisa Surihani kat depan sikit daripada tempat aku
1st time aku tengok Kilafairy menyanyi
Anugerah Filem Terbaik
Aku di FFM ke -24
Habis je acara, aku dan isteri mulanya ingat tak boleh nak masuk ke acara 'post party'. Dah turun tingkat bawah sekali dah pun (post party tingkat atasnya jer). Sempat la jugak isteri aku bergambar dengan si Tiz Zaqyah dengan Lisdawati waktu turun eskalator tu. Jumpa pulak dengan bekas jiran aku, Chef Liza Zainol. Memandangkan waktu tu kitorang fikir yang peluang ni bukannya selalu dapat, jadinya kitorang pun redah je masuk dalam after party.

Makan malam/supper
Lisa Surihani
Syamsul Yusof tak menang tangan pegang piala kemenangan sambil diperhatikan oleh bapa kesayangan
Aku berposing ala artis
Sememangnya pengalaman pergi ke majlis grand seperti ni satu pengalaman menarik sebab boleh tengok ragam artis-artis Malaysia. Diorang ni pun manusia biasa jugak, macam-macam kerenah. Apa yang aku boleh simpulkan selepas hadir ke majlis ni:

Yang bestnya:

  1. Dapat tengok macam mana satu rancangan live diadakan. Sememangnya sangat berbeza dengan majlis-majlis biasa.
  2. Sound system persembahan memang lagi grand daripada TV.
  3. Dapat tengok ragam-ragam artis secara dekat.
  4. Dapat bergambar dengan artis-artis kegemaran.
  5. Dapat berkenalan dengan tokoh-tokoh dalam industri (aku tak kenal sapa pun sebab aku kerja dalam industri lain)
Yang tak best:
  1. Tengok TV lagi jelas sebab kamera boleh fokus besar-besar kat muka artis yang tengah buat persembahan.
  2. Kena makan malam awal sebab kena daftar masuk pukul 8pm. Dalam agenda tulis pukul 7pm tapi mana sempat, nak pergi sembahyang maghrib lagi semua. Yang pompuan lagi la, nak mekap grandis lagi semua.
  3. Acara habis lambat sebab start pun dah lambat. Ada pulak post-party lagi, lagi la time nak baliknya lagi lambat. Aku sampai rumah pukul 1 pagi pastuh esok paginya dah la nak kena pergi kerja pulak.
So, itu jer la celoteh yang aku boleh tulis buat kali ni. 

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...