Rabu, 23 November 2011

Mencuba Tutti Frutti

Aku dah lama duk dengar pasal Tutti Frutti ni tapi tak berkesempatan nak cuba. 2 minggu lepas, lepas pergi kenduri kahwin kat Bukit Antarabangsa, aku dan isteri pergi la singgah di Courts Mammoth di Ukay Boulevard di MRR2 sana. Dah tengok-tengok barang kat Courts tu, barang yang dicari ada tapi agak mahal pastu takde apa yang berkenan, tengah nak keluar daripada parking tiba-tiba ternampak satu kedai ni.

Kedai Tutti Frutti di Ukay Boulevard Business Centre MRR2
Sekarang ni makin banyak pulak kedai Tutti Frutti ni. Bila baca dalam website Tutti Frutti Malaysia, baru la paham kenapa kedai ni makin banyak. Rupanya perniagaan francais. Menurut forum yang aku baca ni, nak bukak francais bisnes ni kena ada sekurang-kurangnya setengah juta RM. Tu belum termasuk lagi sewa kedai, peralatan, staff dan lain-lain. Dahsyat jugak untuk francais yang baru macam Tutti Frutti ni. Kita tengok jer la nanti berapa banyak cawangan yang akan bertahan.

Kaunter nak bayar
Dengan coklat, strawberri bagai..agak-agak berapa ringgit ye?
Tu DIA!!! 300g kali RM5.30/100g total semua RM15.90
Sememangnya Tutti Frutti ni satu makanan dessert yang mewah! Aku duk ingatkan benda ni aiskrim, rupanya yogurt yang dibekukan. Patutlah takde rasa lemak-lemak pun time aku makan. Katanya bagus untuk kesihatan bagai. Tapi tak tahan betul aku tengok harga dia. Dah sama harga dengan meal Kenny Rogers dah.

Tapi yang menariknya, sepanjang aku makan kat kedai ni. Ada saja orang masuk dalam kedai beli aiskrim Tutti Frutti ni. Mungkin waktu tu aku berada di tempat golongan-golongan elit "Ukay Perdana" la katakan. Selambe jer bawak anak-anak datang situ, amik bekas yang lagi besar daripada aku, isi penuh-penuh pastu siap sorang satu lagi. Dahsyat...

Aku tak sure la aku nak datang lagi ke tak ke Tutti Frutti ni. Insya'allah kalau rezeki aku murah, aku datang la lagi.

Selasa, 22 November 2011

Hari Raya Haji di Tambun Ipoh

Salam semua. Dah nak akhir bulan baru aku nak update blog aku ni. Memang pemalas betul. Tapi at least aku still update jugak kan? Awal bulan lepas merupakan Hari Raya Aidil Adha. Tahun lepas aku hanya beraya di KL je, takde apa-apa aktiviti sangat. Tengok orang sembelih lembu pun dari jauh jer. Lepas tu pergi ziarah sanak-saudara yang dekat-dekat. Teringat lagi raya haji 2 tahun lepas, waktu tu arwah bapa aku pada hari raya korban tu sakit dan aku yang bawak dia ke klinik seterusnya ke hospital dan kemudian masuk IJN. Waktu tu aku belum kahwin lagi. Memang kenangan pahit sukar dipadam tapi akan sentiasa dikenang.

Tahun ni, aku berkesempatan beraya di keluarga sebelah isteri. Kebetulan pulak isteri datuk aku punya kampung pun berdekatan jer dan diorang pun nak balik jugak. Jadinya aku pun bawak la sekali. Beraya di kampung isteri memang tak sama dengan beraya di KL. So, pagi Aidil-Adha pergi la sembahyang raya di surau belakang rumah. Kebetulan pulak, bapa mertua aku yang jadi imam.

6 ekor kerbau yang akan dikorbankan ditambat di pokok kelapa
Taklimat sebelum sembahyang raya
Habis jer sembahyang, aku balik rumah bapa mertua. Dalam taklimat tu, diorang mintak sapa yang nak bertugas untuk sembelih, melapah daging semua tu balik rumah dan tukar baju. Aku ni dah ler tak biasa dalam aktiviti-aktiviti ni, asalnya aku ingat nak lepak rumah bapa mertua jer duduk lepak depan TV lepas sembahyang raya. Tapi dah alang-alang kat tempat orang, aku pergi jer la tengok kasi tunjuk muka sikit. Boleh la jugak aku tolong amik-amik gambar buat tunjuk dalam blog, betul tak?

Sebelum aku tunjukkan gambar-gambar selepas ni, aku nak ingatkan yang gambar-gambar ni 'uncensored' tau! Kalau ada sapa-sapa yang takut nak tengok kerbau-kerbau yang kat gambar di atas tu disembelih, baik korang jangan skrol ke bawah. Baiklah, mari kita mulakan:

Kerbau yang telah siap diikat untuk keselamatan
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...selesai
Sesi melapah kulit dimulakan
Sambungan melapah daging
Proses pengagihan daging
Begitulah pemandangan di lokasi surau. Memang semangat muhibbah di kalangan orang-orang kampung sangat aku kagumi. Seingat aku, aku tak pernah lagi rasa daging kerbau ni. Waktu kat sana, tak sempat pulak nak rasa. Dah bawak balik KL baru dapat try, buat masak kicap. Rasa daging kerbau ni takde beza pun daripada daging lembu. Tapi mungkin kandungan lemak dia lagi rendah kut. Aku cuma agak jer la sebab aku ni bukannya saintis yang ada alat nak uji kandungan lemak semua tu.

Apa pun, Hari Raya Haji (Aidil-Adha) aku di Ipoh sememangnya lebih menarik berbanding di KL. Begitulah coretan seorang Jay.

Selasa, 1 November 2011

Potong Rambut di Chinta Hair Salon & Beauty

2 minggu lepas, setelah sekian lama isteri aku tak gunting rambut dia dan aku pun dah berapa bulan simpan rambut aku, aku pun carik la salun yang okay. Duk tengah rilek-rilek surf internet, isteri aku bagitahu kata Fasha Sandha yang sekarang ni berlakon cerita 'Cinta Elysa' katanya ada salun rambut sendiri. Kalau dulu aku pergi salun si Misha Omar, kali ni pergi ke Fasha Sandha pulak. Aku pun terus search internet, jumpa la 2-3 orang yang dah pernah pergi Salun Fasha Sandha.

Salun Chinta kepunyaan Fasha Sandha ni terletak dekat jer dengan Wangsa Walk kat Wangsa Maju. Parking kat situ agak susah sikit la, kalau nak senang dan sanggup nak bayar, park jer dalam Wangsa Walk Mall tu terus. Jalan depan sikit, carik OCBC Bank ada kedai mamak sebelah pastuh naik atas. Meh aku tunjuk gambar sikit:

Banner Chinta Hair Salon & Beauty sebelah kedai mamak
Papan tanda kedai
Chinta Hair Salon & Beauty Pintu Depan
Chinta Hair Salon & Beauty Front Desk
Boleh tahan jugak luas salun Fasha Sandha ni. Deco pun menarik, mungkin sebab aku datang pun hari Ahad petang jadinya pelanggan kurang sikit, tapi okaylah at least rileks la sikit. Tempat menunggu dia banyak, ada Astro TV, sofa, meja nak baca majalah dan paling bestnya, ada Free WiFi. So kalau orang yang guna smartphone ke bawak laptop boleh la update Facebook dgn Twitter pasal salun ni. Bagus jugak strategi tu kan?
Ruangan tempat gunting rambut Muslimah
Ni ruangan ada bidai bagi mereka yang mementingkan penjagaan aurat. Tengok, ada gambar Fasha Sandha lagi.
Ofis Chinta Salon
Sebelah sana pulak ada tempat basuh rambut dengan ofis.

Aku bergambar dengan gambar Fasha Sandha
Dengar ceritanya Fasha Sandha kat Ipoh dengan boyfriend dia time aku datang salun dia. Memandangkan Fasha Sandha takde, so aku bergambar dengan gambar Fasha Sandha pun jadilah.

Gambar sebelum gunting rambut
Gunting rambut di salun Chinta ni kalau untuk lelaki cuma RM18. Biasanya aku gunting kat kedai RM15 yang kat shopping kompleks tu. Sekarang ni diorang dah naik harga dah RM16. Pastuh gunting kat sana takde cuci rambut lepas potong, kat sini ada la jugak dia cuci dgn shampu sikit, still RM18 jugak. Tapi apa pun, bila aku balik rumah aku mandi aku shampu balik kepala aku macam mana pun.

Nama hair stylist yang potong rambut aku tu Mario. Nama glamer la tu kut. Ko tengok la tocang dia, siap kaler lagi. Dia gunting rambut aku takde guna mesin pun. Aku time gunting tu takde spesifik pun nak gaya apa, aku cakap kat dia 'pendek dan kemas'. Sebelum dia gunting, dia tanya aku ni kerja apa. Aku jawab la aku kerja ofis jer. Pastuh dia rekomen la stail artis mana ntah.

Gambar selepas gunting rambut
 Korang tengok, pendek dan kemas tak? Aku rasa macam sama macam aku gunting kat tempat RM15 jer pun. Tapi dia ada la gayakan guna wax yang melekit tu. Tak minat betul aku dengan benda tu. Mungkin aku ni bukan jenis fashionista punya orang kut.

Okaylah, untuk mereka yang berminat untuk gunting ke basuh rambut ke buat treatment ke kat Chinta Hair Salon & Beauty, pergi la tengok lokasi alamat diorang kat Chinta Hair Salon & Beauty di Facebook. Sekian.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...