Selasa, 27 September 2011

Jalan-jalan Raya 2011 di Penang

Sejak Syawal muncul, memang malas pulak aku nak update blog ni. Asyik ada open house sana-sini. Apa pun, aku update jugaklah blog ni. Tahun ni aku beraya kat Ipoh, kat rumah mertua aku. Sama macam tahun lepas jugak, aku mesti akan balik kampung mak aku di Kedah. On the way ke sana, mesti akan lalu Pulau Pinang. Dah alang-alang sampai sana, mesti la nak singgah dulu jalan-jalan tengok pemandangan. 2 tahun aku duduk kat Penang dulu sekolah. Okaylah, citer banyak pun tara gua, mari tengok gambar-gambar:

Ecotel Hotel
Mulanya aku ingat tak nak duduk hotel, nak gerak dari pagi la konon. Pastu pikir balik, mana mau nyer nak keluar pagi-pagi, mesti tersangkut dulu nak sarapan lah, nak bersiaplah semua. Kalau bujang takper, dah kahwin ni memang ada jer delay nyer. So pada hari raya ke-2, aku pun book la hotel kat Butterworth ni.

Bilik katil queen saiz di Ecotel Butterworth
Boleh nampak bangunan Komtar daripada tingkap belakang hotel
Macam last year, aku dah siap booking kat Tune Hotel kat Georgetown, murah time tu sebab book awal 3 minggu, dapatlah RM70 satu malam. Tapi tahun ni last minit punya keputusan, terpaksa carik tempat lain. Kalau tak aku nak book kat island sana, tapi semua cam susah nak parking pastuh mahal. Kat Butterworth ni, parking pun kosong, hotel pun okay, ada TV, Aircond semua, sarapan ada kupon RM5, pastuh boleh check out pukul 12pm. Tune Hotel, TV takde, aircond takde, kena check out pukul 10am, sarapan pun takde harap katil jer la yang best. Harga kat Ecotel, RM98 satu malam.

Ecotel ni dekat jer dengan stesen feri, so beraturlah sekejap untuk naik feri:

Kereta beratur nak naik feri
Giler sesak..
Viva La George Town
Dah kat atas feri Penang
Pemandangan dari atas feri
Kereta yang chomel kepunyaan biniku
Kereta-kereta di atas feri
Posing dalam kereta
GPS Garmin aku yang display dah pudar
Serius aku cakap, kalau takde GPS ni, memang aku boleh sesat kat jalan Penang ni. Tak kisahlah GPS ni dah lama tak update, janji boleh guna.

Sampai sudey..
Memandangkan aku drive, jadinya aku tak sempat lah nak amik-amik gambar-gambar sekeliling Georgetown. Sampai pulak dah tengah hari, jadinya memang lapar giler. Terus menuju ke Sunshine Square nak cari Nazir Cafeteria nak try Nasi Ayam yang katanya sedap. Malangnya kedai pulak tutup sempena raya. Makanya, teruslah ke Kompleks Bukit Jambul. Terserempak dengan kedai nasi ayam Restoran Nasi Ayam Misai. Hentam jer lah, lapar giler time tu:

Restoran Nasi Ayam Misai
Menu Restoran Nasi Ayam Misai
Boleh tahan jugak la nasi ayam misai ni. Janji kenyang jer la, banyak tempat nak pergi tengok lagi ni. Habis jer makan, terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Balik Pulau, tempat di mana aku bersekolah selama 2 tahun pada tahun 1997 dan 1998.

JayHemSem di depan MRSM Balik Pulau
Setelah 11 tahun meninggalkan zaman persekolahan, akhirnya aku kembali jua ke MRSM Balik Pulau ni. Memang dah banyak berubahlah tempat ni. Aku tak sempat nak masuk ke dalam sebab nak kejar masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kedah. Tapi sebelum tu, singgah dulu ke satu tempat yang ramai orang duk kata laksanya sedap:

Laksa Janggus
Tutup la pulak Laksa Janggus ni
Malangnya sempena hari raya, diorang pun tutup jugak. Kempunan la isteri aku yang merupakan peminat laksa nombor satu untuk merasai laksa yang dikatakan 'da best' ni. 
Pekan Kongsi Balik Pulau
Untuk ke Balik Pulau ni, ada 2 jalan yang aku biasa guna, pertamanya jalan Teluk Kumbar dan keduanya Jalan Paya Terubung. Jalan pertama bengkang bengkok. Jalan kedua pulak lurus tapi curam. Dua-dua aku lalu.

Meneruskan perjalanan, baru perasan rupanya satu tayar belakang kereta dah kempis la pulak. Pergi la isi angin kat stesen minyak pastuh carik kedai tayar. Rupa-rupanya:

Tayar Perodua Viva koyak
Bawak turun check tayar tengok, rupanya tayar dah terkoyak la pulak. Tak tahu apa sebabnya. Mujur jugak tak pancit terus kat mana-mana dan mujur jugak ada kedai tayar yang bukak time-time raya hari tu. Tukar la sebiji tayar 2nd hand pada harga RM50. Itu jer la cenderahati yang berjaya dibeli sepanjang trip ke Penang hari tu. Tak best betul kan? Kalau ada rezeki lagi tahun depan aku nak pergi area Batu Ferenggi pulak lah.

Isnin, 12 September 2011

myMetro | Hanya hitung masa..Ni bukan kes Anencephaly ke?

Bila aku baca berita dalam Harian Metro online hari ni melalui satu link di bawah ni. Agak kehairanan aku bila aku baca doktor kata kes ni kes terawal negara dan amat jarang terjadi. Aku rasa kes ni pernah terjadi kat aku dengan isteri aku awal tahun ni. Aku ada tulis pasal kejadian ni dalam entri aku "Menguruskan Jenazah Bayi". Cuma aku rasa pada pandangan aku, mungkin doktor tu tak bertanya kepada pakar yang sepatutnya kut. Kalau doktor tu google 'anencephaly', mesti doktor tu boleh tahu rasanya.

Hanya hitung masa
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya. 
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. 
Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal. 
“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat. 
“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara. 
“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan. 
“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan. 
“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya. 
Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.
“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya. 
Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.
myMetro | Hanya hitung masa
Setakat maklumat yang aku baca-baca sebelum ni, memang takde kaedah untuk selamatkan bayi ni. Kalau ada pun, mungkin bayi tu boleh hidup tapi macam tajuk berita tu jugak la, 'Hanya hitung masa'. Aku tumpang simpatilah ke atas pasangan suami isteri tu sebab aku suami isteri sendiri pun dah pernah merasa kesedihan tu cuma aku dapat tahu lebih awal daripada doktor sendiri berbanding diorang.

Aku takde pun contact En. Eyrshah Elman tu, tapi kalau dia atau orang lain yang tahu sikit-sikit pasal kes ni ke dan terbaca blog aku ni, boleh la tinggalkan komen-komen sikit ye?

Jumaat, 9 September 2011

White Space International..Apa Tu?

Dah Raya dah pun. Tak sempat aku nak update blog aku waktu bulan puasa hari tu. Blogger pun dah ada layout admin baru dah ni. Duk tengah try sekarang ni, dahsyat jugak, simple dan clean. Aku cerita pasal Raya aku nanti-nantilah, banyak rumah dan makanan nak kena try dulu. Tu belum lagi masuk kenduri kahwin 2-3 minggu akan datang yang nak kena pergi ni.

Okay, bulan lepas ataupun bulan puasa merupakan bulan yang agak busy lah. Aku ingatkan bulan puasa bolehlah rileks, rupanya bulan puasa la jadualnya dengan jem jalan rayanya yang lagi 'hectic' daripada bulan-bulan biasa. Di samping tu pulak, aku duk pulun tolong isteriku yang tercinta untuk carik kerja. Hari-hari aku dan isteri ngadap Jobstreet lah, JobsDB lah, JenJobs lah, JobsMalaysia lah termasuklah Mudah.my dan jugak Google untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk membina kerjaya isteriku ini.

Kebetulan pulak, pada 17 haribulan merupakan hari Nuzul Quran yang mana Selangor bercuti. Bini aku kerja kat KL jadinya dia tak cuti tapi walaupun sepatutnya dia kerja, dia tetap lari sekejap untuk pergi interview kerja. Kalau bos dia tahu, mesti bos tu cam risau la kan? Bos mana yang tak risau kalau pekerja dah la company kecik, pekerja pulak asyik lari jer. Sapa nak buat kerja? Kalau amik pekerja baru pun, sapa nak train kasi cekap macam pekerja yang lama? Tapi semua cabaran tu setiap bos kena hadapi la kan? Balik pada interview tadi, aku rasa bini aku apply lebih daripada 20 job application kut dalam Jobstreet, dapat 2-3 interview jer. Salah satunya yang ni la aku nak cerita dah aku pun pergi ikut sekali.

Mula-mula tu aku baca, apa ke bendanya White Space International ni? Tak pernah dengar pun? Bukak dia punya website, baru la aku tahu yang company ni buat macam virtual office. Aku pernah jugak la pasang cita-cita nak sewa ofis virtual ni tapi bekerja dari rumah. Aku dah pernah nak try, tapi aku rasa jiwa aku ni tak boleh la kerja kat rumah. Kena pergi ofis jugak baru ada feel nak buat kerja. Tu la kan, iman bisnes tak kuat..hahaha..Banyak bercerita pulak aku ni, meh aku tunjuk gambar sikit:
Whitespace punya promo banner kat luar pintu
Takde la mahal kan? RM99 jer sebulan untuk dapatkan semua servis2 yang disenaraikan tu. Nak bukak website diorang ek? Nah..ni website diorang http://www.whitespaceinternational.com/. Aku tak dapat komisyen pun promote tempat diorang ni.
Tunggu giliran untuk interview kat reception lounge
Tengok tempat dia cam cosy jer. Best jer lepak, sofa pun empuk, ada magazine, ada suratkhabar dan ada TV lagi. 2 biji TV lagi uuuu...
LCD TV kat dinding
Tu apsal pulak ada gambar bontot orang pulak kat TV sebelah kanan tu. Haiyaa...Tapi TV dia sound dia pasang slow jer la, dah kata ofis kan, takkan nak buat macam rumah sendiri pulak.
Aku dan calon interview
Mesti kena ada jugak muka aku...dah nama pun blog JayHemSem.. Daripada apa informasi yang aku dapat selepas isteri aku habis interview, receptionist kat kaunter tu (nama dia Farah) merangkumi Executive Business Administrator yang ditawarkan dalam iklan kerja Jobstreet. Si Farah tu katanya nak berhenti sebab nak sambung belajar jadinya bos dia nak cari pengganti la. Ofis ni kecik jer, kalau lelama dalam tu rasa macam sunyi dan bosan la pulak. Tapi gaji yang ditawarkan katanya ada la dlm RM2k mungkin.

Waktu kat White Space tu, aku terperasan satu nama company yang aku macam pernah dengar jer walaupun aku ni bukan pengguna iPhone:

Makmal Table Four.us
http://www.tablefour.us/ ni satu tech company Malaysia yang mana dia punya product director satu sekolah dengan aku. Tak sangka pulak boleh ada lab developer kat tempat ni. Dulu aku pernah kerja jadi Web Developer tapi ofisnya kat rumah condo. Memang best la, kerja pakai baju biasa jer, ngadap PC, bos pasang lagu kuat tak hingat, sambil2 tu minum nescafe 2-3 cawan sambil buat kerja. 6 bulan kemudian aku dapat offer kerja tempat lain dengan gaji lebih sikit, terus aku cabut..haha..

Apa pun, hasil daripada interview ni takde dengar cerita apa pun. Katanya lepas raya baru boleh tahu keputusan sama ada dapat kerja ke tak. Isteri aku dah terima tawaran kerja tempat lain dah pun. Okaylah, aku nak kena bangun awal pagi ni sebab pergi kerja sekali dengan isteri. Kira okaylah jugak kan, sebelum ni drive sengsorang rempuh jem, sekarang ni bini dah teman jadinya takde la boring sangat...betul tak?

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...