Rabu, 24 Ogos 2011

Kereta Aku Masuk Workshop Lagi

Baru je bulan lepas aku servis kereta, sekali bulan ni kena masuk workshop lagi sekali pulak. Sejak 2-3 minggu lepas, bunyi enjin kereta aku jadi macam kasar tau. Macam besi tak cukup minyak. Kalau selalunya aku bawak kereta, dalam kereta senyap jer, tapi dah makin bising pulak. Bila keluar daripada kereta, lagilah kuat bunyi tu. Aku ada jugaklah try tengok-tengok kat enjin, tapi tak nampak apa-apa pun.

Tapi sepanjang 2 minggu aku bawak kereta, takde masalah apa-apa. Jadinya aku pada mulanya ingat nak tunggu sampai bulan depanlah sampai tiba waktu nak servis minyak hitam yang seterusnya. Aku dah siap beli WD40 lagi kasi spray kat tempat pulley yg bersambung dengan alternator dengan compressor aircond semua tu. Sama jugak bunyinya. Akhirnya pada 13/8 lepas bersamaan dengan hari Sabtu, aku hantar jugak la kereta aku ke bengkel dekat dengan rumah aku yang aku dah biasa pergi mintak diorang diagnose apa sebab bunyi teruk sangat.

Mekanik aka Tauke kedai menganalisa kereta Proton Wira aku
Kebetulan pulak, mekanik yang juga merangkumi tauke kedai bengkel kereta ni ada. Dia pun kasi tengok, dia ambiknya satu screwdriver besar dan panjang tu dia letak kat area dalam enjin pastu dia letak kat telinga dia. Pastu dia kata, "U punya waterpump sudah rosaklah". Aku bila dengar water pump, aku terkejutlah. Terkejut pertama, "Nasib baiklah tak rosak water pump tu time aku rempuh jem balik kerja. Kalau tak naya jer tersadai dalam jem tu kena sumpah seranah dengan panas semua.". Terkejut kedua pulak "Aduhhhhhhhh!!!! Rabak la dompet aku!!!".

Aku tanya la kat tokey kedai, agak-agak berapa budget repair ni. Dia kata, lebih kurang dalam RM200 la. Aku pun kata proceed jer la. Dia kata kereta kena tinggal kat bengkel, boleh siap dalam lebih kurang 4 jam. Time aku hantar tu dah dekat pukul 2pm. Jadinya sebelum 6pm aku kena datang balik bengkel tu la. So, aku pun jalan kaki balik rumah (lebih kurang 2km jauhnya di bulan puasa).

Petang tu, aku mintak tolong kat bini aku hantar ke bengkel tu untuk ambik kereta. Tauke bengkel tu tengah test drive kereta kejap. So, aku pun tunggu sekejap. Bila time nak bayar, tauke tu tanya aku apasal aku tak angkat fon. Aku tengok fon aku, ada miskol rupanya. Aku lupa nak tengok. Dia kata aku punya 'Timing Belt' dah kena tukar sebab dah ada crack sikit so dia dah tukarkan. Aku dalam hati "Hah? Ada lagi benda kena tukar...Aduhh......". Bil pun muncul:

Bil bayaran repair kereta
 Hamik kau!! RM408!!

Budget asalnya aku duk ingat RM200 lebih jer, tapi ni dah jadi double.Terpaksalah aku mengeluarkan kad kredit aku yang semakin hari semakin berkurangan kreditnya. Ni detail repair:


Water Pump RM180.00
Timing Belt set    RM200.00
Coolant              RM  28.00
Total               RM408.00


Nasib baiklah aku ni kira pelanggan setia kat bengkel ni. Aku dah kenal tauke kedai ni sejak aku guna kereta Daihatsu Charade Aura 10 tahun lepas. Jadinya dia dah absorb la upah pasang semua dalam bil aku.

Rupanya teruk jugak guna kereta terpakai ni. Lagi-lagilah kalau kereta tu usia dia lebih daripada 10 tahun. Apa boleh buat, kena kerja keras lagilah untuk mempertingkatkan lagi pendapatan.

Mareee.....

Selasa, 23 Ogos 2011

Berbuka Puasa di Homst Taman Tun Dr Ismail

Sedar tak sedar, dah tinggal seminggu jer lagi nak raya dah? Tak sempat aku nak meng'update' blog ni pun. Haiya..Apa pun, setakat hari aku tulis blog entri ni aku masih lagi belum ada rezeki untuk berbuka di tempat-tempat mewah macam di hotel. Tapi tu tak berapa penting pun, yang penting perut mesti kena isi. Cumanya, kalau pergi bazar Ramadan jer, mesti kengkadang budget makan tu terlebih pulak.

Pada hujung minggu awal bulan puasa hari tu, aku dan isteri berkesempatan berbuka puasa di cawangan utama Homst Restaurant bertempat di TTDI. Ni first time aku datang ke restoran ni, sebelum ni aku biasa pergi kat Homst Restaurant di Shah Alam di belakang Tesco Extra Shah Alam. Homst ni sebenarnya restoran Chinese Muslim. Makanannya memang berbeza sedikit dengan makanan Melayu dah kata chinese kan?

Kaunter bayaran Homst
Restoran ni kecik jer sebenarnya. Tapi kira okaylah bagi aku. Siap ada Wi-Fi free lagi, jadinya kalau ada smartphone memang boleh jer nak surfing ke Facebook, Twitter punya.

Buttered Prawn
Ni antara lauk favourite aku, udang yang diletak butter. Aku dulu first time jumpa yang macam serunding ni, aku ingat apa benda lah, rupanya butter. Ntah camner dia buat benda ni aku pun tak tahu. Tapi memang kalau meratah sedap tu.

Ayam Black Pepper
Aku ni memang peminat ayam, jadinya kalau ayam takde, tak berapa syiok makan nasi. Bukanlah nak kata aku ni memilih makan, kalau dah lapar tu bedal ajer apa yang ada...hehe..

Silver Anchovies Frid Rice
Orang lain semua dah dapat makanan masing-masing, aku punya jer lambat. Ntah kenapa ntah, tapi mujur sebelum buka puasa sampai. Nama nasi goreng ni kemain lagi, cuba baca 'Silver Anchovies Fried Rice'. Tapi kalau ditranslatekan 'Nasi Goreng Ikan Bilis' jer pun. Haha..

Yee Mee
Ni juadah berbuka bini aku. Aku tengok macam ciput jer makanannya tapi dah bini aku punya selera tak sebesar aku, takperlah.

Ada juadah lain lagi yang aku tak snap gambar. Tapi overall, memang sedap-sedap makanan kat sini. Cuma satu jer la, bila makan makanan sedap-sedap ni, setakat rasa sikit-sikit memang syiok. Bila dah makan banyak, dia jadi macam rasa muak pulak. Makanan yang simple-simple jugak yang selalunya makan tak ingat. Apa pun, terima kasih kepada isteriku tersayang kerana belanja makan berbuka ni.

Ada lagi seminggu jer lagi sebelum Hari Raya jadinya aku ucapkan..Selamat Berpuasa...


Rabu, 3 Ogos 2011

Akhirnya Harry Potter Dah Habis

Aku ni bukanlah peminat Harry Potter, jadinya aku tak teruja pun bila Harry Potter movie ni keluar. Aku ada download Harry Potter kat laptop aku, tapi ntah bila tahun aku nak tengok aku pun tak tahu. Tapi bila ada orang ajak tengok dan belanja pulak tu tengok wayang, aku okay jer. Seingat aku, aku tengok Harry Potter 1 dan 2 je kut. Tapi aku teringat ada dulu India cuba nak tiru Harry Potter ni, cuba tengok ni:

hari-puttar-a-comedy-of-terrors-wallpaper

Haha..aku tak pernah tengok pun citer ni, tapi tajuk dia jer dah buat aku tergelak. Tapi yang aku baca katanya diorang ni kena saman dgn Warner Bros sebab hasilkan filem ni. Nak tahu lebih lanjut, masuk jer Wikipedia tulis pasal Hari Puttar ni.

Hari Ahad 17/7 lepas (Selamat Hari Lahir Ummi), aku, bini aku, kakak ipar aku dengan anak-anak dia pergi la menonton citer Harry Potter ni. Kakak ipar aku ni peminat Harry Potter. Dia siap beli buku Harry Potter yang tebal tu. Kalau aku la kan, aku beli buku motivasi atau buku bisnes. Takde maknanya aku nak beli buku citer walaupun sebenarnya aku takde la bisnes pun haha..Tapi rasanya dah lama aku tak beli buku. Asyik ngadap laptop jer pun.

Rombongan tengok Harry Potter
Bila tengok anak buah bini aku, teringat aku dengan adik aku zaman kecik dulu. Memang selalu pergi memana, main semua berdua. Tu zaman kecik, bila dah besar pulak boleh kerja kat company yang sama.

Kakak, Nabil, Isyraf, Bini
Poster Harry Potter dah besar
Aku dan Bini
Goyang la pulak gambar kat atas ni. Aku tak nak komen banyak la pasal citer ni sebab yang penting, dah habis..hahaha..

Harry Potter
Okaylah..Selamat Berpuasa..

Isnin, 1 Ogos 2011

Servis Pertama Kereta Terpakai

Sambungan daripada entri Mencari dan Membeli Kereta Terpakai, 2 bulan selepas aku membeli kereta terpakai Proton Wira 1.5GLi ni, akhirnya tiba jugak la masa untuk servis berkala 5,000km. Cepat betul kan? Mau idaknyer, sehari jer aku berjalan pergi balik ofis dah dekat 100km. Sebulan jer, 20 hari x 100km dah jadi 2,000km. Tu belum termasuk keluar pergi beli barang, jalan-jalan sikit dengan pergi makan semua. Lagipun kereta dah terasa macam ada kureng sikit dia punya rasa. Tu belum lagi tengok apa benda lagi dah sampai umurnya.

Kereta masuk bengkel
Macam biasa, aku kalau dah berkenan dan biasa dengan kedai yang aku suka, aku hantar kat situ jer. Tapi kadang-kadang aku hantar jugak kat tempat lain saja nak try.

Kereta kena jack
Aku tengok mekanik ni tak mengamalkan konsep keselamatan langsung. Tengok la gambar atas ni, letak jack jer, pastuh dia pergi baring bawah kereta tu. Patutnya dia kena letak stand, baru la kukuh. Ni kalau ada orang tersepak stand tu, terpusing sikit batang jack tu, memang confirm la masuk hospital. Tapi dah tauke kedai pun tak kata apa, mekanik dia bedal jer buat apa yang dia biasa buat.

Asalnya cuma nak tukar minyak hitam jer. Sekali kena tukar jugak air-filter, dah hitam legam dah pun. Yerlah, duk redah jem jer hari-hari. Kalau duduk kat kampung mesti air-filter tu tak la sehitam macam duduk kat KL ni. Spark plug dia check ok lagi so tak payah tukar lagi.

Check tayar
Pastuh aku teringat yang aku asyik kena pam tayar depan aku ni selang 3-4 hari. Check punya check, ada screw pulak terlekat kat tayar tu. Patut la angin asyik kurang jer. Nasib baik tak pernah pancit lagi. Aku dah tak ingat pulak tahun bila tayar kereta aku last pancit. Proton Iswara aku dulu tak pernah pulak pancit.

Tampal tayar
Tampal tayar kereta ni tak sama macam tampal tayar basikal. Tayar basikal ada tiub macam tayar motor. Tapi motor takde maknanya nak tampal-tampal. Tukar jer terus. Tayar kereta ni kalau kena screw ke paku ke, dia tebuk masuk tayar tu sekali dgn satu jenis getah tu pastu tarik keluar. Getah tu nanti kira cover la lubang yang terhasil. Sempoi je kan? Tu jer kedai tayar cas RM5. Kalau diorang cas lelebih, korang sound jer.

Tukar minyak gear automatik
Kereta automatik ni bergantung sepenuhnya kepada minyak gear automatik. Kalau minyak auto ni kering ke ataupun bocor, memang sangkut ler kereta. Kalau bateri flat takleh nak start, jangan harap ler nak menolak sambil start kereta macam kereta manual buat. Takkan boleh punya. Mesti kena panggil bantuan punya. Kalau korang tak nak amik bantuan macam AAM ker, korang ambik jer insurans yang ada sekali dengan bantuan "Roadside Assistance". Dulu aku guna AAM, tapi dah tak larat nak bayar RM60 tambahan setiap tahun. Aku rasa sepanjang aku guna kereta, aku dah 3-4 insurans company aku dah tukar..hahaha..

Dah ke mana aku cerita ni. Oh yer, minyak gear auto ni biasanya kena tukar kalau dah 20,000km ke 40,000km. Tengok pada penggunaan lah. Kalau gasak tak ingat, better 20,000km tukar lah. Kalau takde duit sangat baru 40,000km baru tukar. Penting tau, kang tak pasal belanja beribu pulak nak repair gear auto ni. Bukan boleh main-main. Aku pun sebelum tukar tu dah rasa lain macam jer gear auto aku, time pagi enjin sejuk dia punya tukar shift tu lambat jer, dah rev tinggi baru nak tukar. Memula dulu aku cuak gak tapi dah biasa buat selambe jer. Dah alang-alang servis, tukar jer la minyak gear auto ni. Nanti aku tunjuk berapa ongkos kena keluar.

Check komputer kereta
Nama pun servis, kasi check semua yang ada masalah sekalilah. Kat dashboard aku, yang tulis "Check Engine" punya indicator asyik menyala jer. Dah sebulan jugak la indicator tu menyala selepas last time kasi reset time buat engine tuning. Mekanik tu guna komputer portable, tekan-tekan sikit pastu keluar apa benda yang rosak.

HANA TECH DCN-SCAN Diagnostic Scanner
Ada 2 jer error, satu CO2 sensor satu lagi IAT Circuit. Mekanik tu tak tahu sangat, dia tanya tauke kedai. Tauke kedai datang pastuh kata, "Oh, u punya oxygen sensor sudah kena kasi tukar". Aku tanya tauke kedai tu, "Kalau tak tukar takpe ke?". Tauke tu mesti la jawab kena tukar, dia kata kalau tak tukar nanti minyak kuat lah, power takde lah semua. Aku pun dah malas nak pikir, tukar jer lah. At least takde la indicator merah "Check Engine" tu asyik menyala jer. Menyampah aku tengok.

CO2 Sensor
Ni ler rupa CO2/Oxygen sensor kereta aku yang dah sampai umurnya nak kena ganti. Punyalah mahal seketul ni.

Wira (VDO) Oxygen Sensor
Harga kalau tengok kat plastik atas tu RM250, tu belum upah pasang lagi. Sabar..nanti aku tunjuk jumlah RM repair yang aku kena.

Oxygen Sensor di exhaust pipe
Kalau korang nak tahu, oxygen sensor ni letaknya di exhaust pipe. Wayar tu nanti akan connect ke ECU kereta. Pasang je sensor baru ni, dah tak muncul dah indicator "Check Engine" tu.

2 jam lebih jugak aku terpaksa melepak kat bengkel tu dah macam-macam nak kena servis. Bil pun sampai:

No.
Item
RM
1
Engine Oil (NASA VR 12)      49.00
2
Oil Filter Proton      12.00
3
Air Filter Proton      28.00
4
Automatic Transmission Fluid (3Lx28)      84.00
5
Labour Charge      10.00
6
Oxygen Sensor     180.00
Total     363.00

Terkoyak poket aku. Aku budget RM150 jer, sekali bil 2 kali ganda. Terpaksa guna kad hutang dulu.

Sebenarnya ada benda lain lagi yang rosak dan perlukan repair tapi aku simpan jer dulu. Pokai ler kalau nak repair semua benda.

Beginilah hidup bila guna kereta terpakai. Nanti aku buat blog entri pasal guna kereta baru pulaklah. Sehingga bertemu kembali.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...