Selasa, 28 Disember 2010

Pengalaman Hampir Kena Tangkap Khalwat di Hotel Murah

Kisahnya bermula begini, isteri aku sebelah paginya pergi buat passport antarabangsa untuk honeymoon ke-2 kitorang bulan depan, pukul 12 lebih passport dia dah siap dah pun. Punya la cepat. Memandangkan isteri aku kini dah 2 bulan bersama si cumel dalam perut dan nak tunggu aku balik sekali, aku cakap la kat dia suruh rehat di hotel murah berdekatan dengan ofis aku ni. Nama hotel ni Putra One Avenue Hotel terletak di Putra Walk Bandar Pinggiran Putra. Hotel ni bagus jugak dia punya fasiliti tapi yang paling bestnya ada WiFi dalam bilik.


Aku tulis blog post ni dalam bilik ni, tengah pening kepala sebab bau asap rokok tak hilang-hilang lagi.Kejap lagi aku nak balik rumah dan hirup udara segar kat luar sana. Camner boleh ada asap rokok ni, citer aku tak habis lagi ni. So lepas makan malam kat Equine Park, aku pun balik la bilik untuk berehat. Bilik ni takde tingkap, ada la air-cond, bilik mandi, katil queen size dengan TV LCD 14 inci yang disangkut kat dinding. Lepas temankan isteri aku tidur, aku sambung la tengok TV. Pukul 10.30pm lebih camtu tetiba ada dengar orang datang ketuk-ketuk pintu, sekali pintu bilik aku kena ketuk. Ketuk punya kuat, pastu cakap "Kami polis, bukak pintu!" dengan suara garang tak ingat.

Aku dah mula panik, aku kejutkan isteri aku. Bini aku pun terkejut dengar bunyi bising-bising, dah ler bangun tidur. Aku pergi kat pintu tu jawab salam (ntah diorang bagi salam ke tak) pastu aku cakap dengan baik "Tunggu sekejap yer?". Dengan gelabah giler aku dengan pakai tuala jer dengan bini aku nyorok belakang pintu bukak la pintu, polis tu bawak keluar dompet dia tunjuk kad kuasa dia. Haram aku tak nampak apa yang tertulis kat kad tu. Dia tanya aku, "Duduk sorang je ke berdua?", aku jawab kat dia "Dengan isteri saya". Dia balas balik, mintak IC. Aku pun cakap, tunggu sekejap yer, aku tutup la pintu tu nak pakai baju sikit dan amik IC dengan salinan sijil nikah kitorang. Aku bukak balik pintu tu tunjuk IC aku & bini aku, terketar-ketar tangan aku nak serahkan IC dengan salinan sijil nikah (fotostat kasi kecik saiz dompet pastu laminate, idea bini aku). Padahal aku dah kahwin tu, tapi cuak tak ingat, aku ingat kalau aku betul-betul berkhalwat, kalau ada tingkap mmg dah terjun dah..haha..

Sambil-sambil kawan dia amik butiran kat IC aku dgn bini aku, polis tu tanya, "Tinggal mana ni?", aku jawab, "Saya duduk KL". Dia tanya balik, "Apsal ko duduk hotel ni?", aku jawablah, "Isteri saya pergi buat passport jadinya dia penat, rehat la dulu kat hotel ni". Patutnya aku jawab jer, "apa hal nak tanya kenapa aku duduk hotel ni, aku dah kahwin, suka hati aku la"..tapi kang tak pasal-pasal aku kena tangkap pulak..haha..Pastu polis tu sempat pulak citer, "Kami ni buat pemeriksaan kat hotel-hotel murah ni, kengkadang ada budak sekolah pun datang hotel ni buat maksiat". Pastu dia bagi balik IC aku, takde cakap mintak maaf ke apa ker, terus blah jer. Aku pun tutup pintu tengok bini aku pastu senyum-senyum ketakutan..pengalaman yang sungguh mendebarkan.

Tapi yang aku bengangnya, time diorang duk buat "rush" ni, polis-polis ni pergi hisap rokok kat lorong bilik-bilik ni. Bilik aku walaupun dah tutup pintu, still habis jugak bilik aku berbau rokok, sakit kepala aku jadi second hand smoker. Bilik aku ni dah ler takde tingkap. Tak sekolah ke apa diorang ni? Dulu aku pernah jugak terbaca pasal ada couple orang asing kena cekup dengan polis kalau tak salah aku kat Langkawi kut. Memang contoh yang tak baik la Polis ni, patutnya diorang ni kena lebih beradab sikit. Janganlah merokok sambil bertugas, pulak tu di tempat berhawa dingin lagi. Lagi satu, jangan la ugut-ugut time nak bukak pintu tu. Bukannya semua orang yang datang ke hotel murah harga RM70 satu malam ni nak buat maksiat pun.

So, apa moralnya di sini? Kalau dah kahwin, bawaklah sijil nikah. Kalau ada kad nikah lagi bagus. Kad nikah aku tak buat lagi, tak sempat nak pergi buat kat Ipoh sana. Lagi satu, hentikan tabiat merokok. Sekian..

Rabu, 15 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Macam dah lambat la pulak aku nak wishing semua pembaca blog aku ni. Tapi bedal jer lah. Daripada tak tulis apa-apa. At least nampak la macam aku ni produktif jugak, muahaha..Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Manalah tahu kalau aku ada tertulis benda-benda yang mungkin ada sesapa terasa hati ke apa-apa ke.

Okaylah, aku tahun ni langsung tak hantar kad raya kat sesapa. Kalau dulu ada la jugak aku beli kad, pastuh beli setem. Kali ni, hantar e-card pun takde. Even SMS pun tak hantar. Haiyaa..pemalas betul..Tapi benda dah lepas, tak payahlah nak nyesal-nyesal kan? Okaylah..ni kad ucapan buatan sendiri aku.

Selasa, 7 September 2010

Tajuk Email: Business Proposal

Apa yang akan anda fikirkan kalau anda dapat satu e-mail bertajuk "BUSINESS PROPOSAL". Antara tabiat aku bila aku bukak Gmail untuk check e-mail, aku mesti akan bukak "Spam" punya folder. Manalah tahu ada e-mail2 yang termasuk dalam Spam tu tak masuk dalam Inbox. Hari ni aku dapat satu e-mail ni, tak tahu mana dia dapat alamat e-mail aku, tapi yang pastinya dia hantar e-mail ni guna BCC. Korang tahu tak BCC tu apa? Google BCC tu kat sini. Aku rasa ramai pembaca blog aku ni dah pernah dapat e-mail spam kan?

So, beginilah bunyi e-mail tu:
fromzarina binti razmi 
reply-tozarinabintirazmi@yahoo.com
to
dateTue, Sep 7, 2010 at 9:57 AM
subjectBUSINESS PROPOSAL
mailed-bymsn.com

hide details 9:57 AM (4 hours ago)
Salam Ramadhan,

Saya Zarinah Binti Razmi, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (BISMUTH PRECIOUS LIQUID). Para Bismuth Precious Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,250.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,200.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
 saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.



Wassalam...
Zarinah Binti Razmi.
Bestnya pasal e-mail ni, siap tulis "Salam Ramadan" tu. Keduanya, korang pernah dengar ke pasal "batu mulia"?? Pekajah tu? Aku try Google baru aku tahu, asal dari Indon rupanya istilah Batu Mulia ni atau nama lainnya.batu permata atau golongan batu yang berharga. Kelakarnya tu, pembekal diorang dah meninggal dunia. Masalahnya, nama company diorang pun tak bagitahu, tiba2 nak ajak jadi pemborong pulak. Lagi satu, ayat dia memang best betul, menggunakan tatabahasa dan ejaan yang sungguh kemas. Hanya 2 perkara je yang diorang ni cuba nak pancing melalui e-mail ni, PERASAAN INGIN TAHU dan PERASAAN TAMAK.

Rupanya, bukan aku sorang jer pernah dapat e-mail ni. Ada jugak orang lain kat Carigold pernah dapat e-mail ni.

Oleh itu, janganlah terpedaya dengan helah e-mail yang sekian lama berleluasa sekarang ni. Sekian..

Isnin, 6 September 2010

Ferrari F430 Depan Secret Recipe Glenmarie

Aiseyman, aku punya blog ni dah terskip sebulan update la. Padahal bukannya susah pun nak menulis ni, letak jer tangan atas keyboard, kasi tune otak sikit pastuh arahkan jari menari-nari atas keyboard. Tu jer pun kan? Sapa-sapa blogger tegar mesti paham apa aku tulis ni kan?

Apa pun, sebenarnya aku ada benda lain nak tulis sebenarnya ni tapi malas la nak kasi bikin sebab nak kena pilih gambar, pastuh tulis, pastuh edit, pastuh publish. Aisey, aku lupa nak taruk iklan la kat blog aku ni kasi duit kalau masyuk tak banyak, sikit pun jadilah.

Okay, sebenarnya blog entry kali ni takde apa citer sangat pun. Aku ni dulu harap jer belajar pasal kereta, tapi kerja bidang IT. Habis semua ilmu-ilmu pasal kereta aku dah tinggalkan. Kereta servis hantar bengkel jer pun, siap kena tipu pun pernah. Walau apa pun, kalau tengok kereta sport, mesti teruja jugak la. Macam kereta kat bawah ni:




Sebenarnya ada sebiji lagi kereta sport kat sebelah tempat aku parking kereta, yang tu kereta Lamborghini warna hitam. Memang dahsyat beb..Rupanya kat area Glenmarie tu ada tempat tuning untuk kereta-kereta sport ni rupanya. Tak tahu la sapa owner kedai tu tapi yg lepak kat kedai tu semuanya golongan "Yuppies" yang agaknya tak tahu nak buat apa la kut dgn duit yg melimpah ruah diorang dah dapat tu. Terpulang pada minat masing2 la kan?

Apa pun, dah lapar time tu so pergi la makan kat Secret Recipe dulu sementara tunggu jem kat NKVE tu reda sikit. Sehari aku spend masa dalam kereta hampir 3 jam siut, dengan jarak perjalanan sehari 120km. Kalau sebulan kerja, jap aku amik calculator, congak aku fail sikit...60 jam aku habiskan masa dalam kereta dan 2,400km aku drive sebulan!!! Tu belum termasuk jalan-jalan weekend dengan balik kampung isteri semua. Tapi rasanya ada orang lain yg lagi hebat statistik dia daripada aku ni kan?


Okaylah, cukup setakat ini. Selamat Berpuasa!!

Isnin, 26 Julai 2010

Kawasaki KLX150s Track Day 2010 di Ulu Yam

Memandangkan bulan ni aku takde tulis apa-apa lagi dalam blog ni. Saja la aku nak sharing-sharing memandangkan aktiviti sedang berlangsung setiap weekend sampai awal bulan depan. Kawasaki Motors ada menganjurkan Track Day untuk peminat-peminat motosikal lasak KLX 150s ataupun bahasa mudahnya motosikal scrambler. Aku ingat lagi arwah bapak aku dulu ada bergambar waktu dia bawak motosikal scrambler muda-muda time dia duk tengah belajar kat Ipoh dulu zaman 70-an. Kira famous la motorbike scrambler ni. Sekarang ni motorbike scrambler tu untuk tengok aksi terbang-terbang jer.

Aku ada amik gambar time aku pergi hari 1st day acara ni berlangsung. Cuma aku tak upload jer lagi. Yang tak bestnya, line Maxis takde kat track kat Ulu Yam tu. So, kalau tak nak terputus hubungan line yg ada cuma line Celcom jer la yg ada.





Kalau ada sesiapa berminat nak datang, hari Ahad ni last day aku ada turun. Pastuh kita boleh pergi mandi-manda kat Sungai Ulu Yam. Pastikan datang awal sikit sebab kalau dah dekat tengahari tu jalan jem kat Ulu Yam sana. Mareeee!!!!

Isnin, 21 Jun 2010

Kue Teow Goreng Doli TTDI

Tahun pertama aku kerja kat syarikat tempat aku kerja ni dulu, aku terdengar kisah mengenai satu kue teow goreng yang sangat sedap. Malangnya kue teow goreng tersebut hanya terdapat di Taiping dan pada ketika itu syarikat berura-ura untuk membuat "Family Day" setelah sekian lama tidak berbuat demikian (jeles aku dengan syarikah bini aku kerja, bulan depan dia dapat naik flight ke Langkawi ada Family Day kat sana), namun sehingga ura-ura itu tidak terlaksana.

Balik ke cerita pasal kue teow goreng tadi, family sebelah bini aku rupanya orang Taiping. Jadinya kue teow yang terkenal tu memang biasa diorang dengarlah. Ada pulak lagi satu jenis makanan yang terkenal, mi udang. Yg tu aku berkesempatan rasa sebab awal bulan hari tu aku ada ke Taiping. Jadinya aku tertanya-tanya apakah yang istimewanya dengan kue teow goreng yang digembar-gemburkan tu.

Dengar cerita lagi, katanya kue teow goreng tersebut telah pun bertapak di area KL. Kebetulan balik daripada makan kenduri kahwin last weekend, aku pun pergilah tinjau-tinjau tengok tempat kue teow tu. Akhirnya bertemu jugalah dengan Doli Restoran Kue Teow Goreng:


Tempat dia agak tersorok sikit lah. Landmark dia cari Naza Auto World. Pusing-pusing area TDDI Plaza, nampak ler signboard diorang ni.


Kalau dah restoran ala-ala kopitiam ni, harganya sudah semestinya atas sikit daripada harga kedai mamak. Orderlah sepinggan kue teow goreng untuk aku dan bini aku.


Petang-petang, makan kue teow pekena pulak dengan kopi-o panas. Perghh..memang layan. Time untuk merasa kue teow goreng Doli.

Suap..

Mmmmm.....

Memang sedaplah!!

Campuran udang dia dengan rasa kue teow tu memang best. So, aku pun orderlah bungkus untuk mak dengan adik beradik aku untuk makan malam.


Satu pinggan harganya RM5.50. Kalau yang kue teow goreng special harganya 2 kali ganda RM10.

Ada sapa2 nak belanja aku kue teow goreng special Doli untuk aku?? Mareeee!!!!

Rabu, 26 Mei 2010

Hari Belia 2010 Bersama Kawasaki Malaysia

14 sehingga 16 Mei 2010 yang lalu, isteriku yang tercinta mendapat tugasan luar sempena Hari Belia 2010 di Putrajaya. Putrajaya ni dekat je dengan ofis aku, ada la dalam 10 min kalau drive 100km/h. So, sepanjang weekend tu aku berkampung di rumah adik aku di Presint 14 Putrajaya. Hari Sabtu 15/5, aku saja la lepak kat booth Kawasaki. Sekali tu, aku ternampak kelibat gadis-gadis berbaju hijau/merah/hitam ni:



Dalam hati aku berkata-kata, (Fuyoo!!Ada aweks-aweks model la!!). Mesti korang berkata-kata dalam hati jugak (Ek ele Mamat ni dah kahwin pun tapi gatal duk tengok pompuan lain, apa da!! teruk betul..) Lantak korang la, yang penting aku setia pada bini aku. Hahaha..

Dah boring-boring ronda-ronda kat tempat motorsport (tengok drift kereta memang best siut), sempat la jugak aku berjalan-jalan di sekitar semua tempat yang ada event lain. Ada Jom Heboh lah, ada gerai jual barang, ada pameran IPT semua. Berpeluh gilerbaban aku hari Sabtu tu.

Hari Ahad pulak, aku datang lagi sekali. Tapi kali ni aku try bawak model terbaru motosikal Kawasaki KLX150S. Anyway, aku malas nak tulis banyak-banyak. Aku taruk slideshow terus senang:



Aku dah ler lama tak naik motor, motor Kawasaki tu pulak motor yang ada clutch. Gelabah jugak la memula tu nak bawak. Tapi lepas dah bawak, merempit jugak aku terbang-terbang kat atas trek motorcross tu..haha..

Tak banyak citer sangat la yang aku boleh cerita selain daripada 'panas' siut cuaca terik sepanjang 2 hari aku pergi lepak sana. Nak tengok gambar lagi ek? Kejap..kejap..



Okay tak gambar aku dengan isteri aku dengan motor Ninja 250R ni? Aku ada 2 orang abang ipar aku bawak motosikal Ninja 250R. Aku rasa aku tak mungkin nak beli motosikal ni, harga sebiji motor ni jer (RM20K) nak sama harga dengan Proton Iswara aku yang tak habis lagi bayar loan dengan bank. Dah ler dengan maintenance segala apa accessories lagi, hobi yang sememangnya mahal.

Namun begitu..adakah dengan membeli motosikal sport ni, aku akan dapat teman yang sebegini?



Setakat bergambar jer bolehlah kan? Harharhar...

Rabu, 5 Mei 2010

Honeymoon di Sun Beach Resort Pulau Tioman

Sedar tak sedar, dah dekat 3 bulan dah rupanya aku balik daripada honeymoon aku. Aku takde tulis pun lagi citer pengalaman aku honeymoon. Aku start jer la ek? Bulan Februari yang lalu setelah 66 hari aku bernikah, aku dan bini aku pergi la honeymoon. Pada mulanya tak pasti jugak nak pergi honeymoon kat mana, tapi memandangkan aku memang dah lama teringin nak pergi ke tempat yang jauh sikit, kami pun membuat keputusan untuk ke Pulau Tioman. Planningnya dibuat tak sampai 2 minggu. Aku start search internet untuk pakej yang best kat Pulau Tioman, akhirnya aku jumpa la pakej Sun Beach Resort Pulau Tioman kat website pengiklanan 88db.com. Time tu pulak baru dapat duit main kutu, memang sesuai sangatlah berbelanja sebab dah lepas kahwin memang tak sempat nak ke mana-mana sebab terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan untuk arwah bapa aku.




So perjalanan trip aku bermula dengan menaiki bas Transnasional dari Puduraya ke Mersing. Perjalanan amik masa lebih kurang 6 jam. Bas bertolak hampir pukul 12 malam dan tiba di bandar Mersing jam 6 pagi. Bandar Mersing tu memang pagi-pagi takde orang. Kedai mamak carik pun takde. Ada la 2-3 couple lagi yang naik bas sekali dgn kitorang pun berjalan jugak, memandangkan masih terlalu awal kitorang pun pergi la berjalan kaki daripada stesen bas Mersing ke Jeti. 15 minit jugaklah berjalan, berpeluh ketiak pagi-pagi buta tu. Sampai kat Jeti, kosong takde orang. Yang ada pun pelancong Mat Salleh dah start lepak situ. Kitorang cam malas la nak lepak situ sebab bukannya boleh buat apa pun, jalanlah balik ke tengah Bandar takde orang Mersing tu carik hotel murah yang kitorang boleh lepak. Akhirnya jumpalah satu hotel "Mersing Hotel".




Okay jugak la hotel ni, RM55 satu malam. Walaupun kitorang lepak daripada pukul 6.30am sampai 1pm tak sampai 7 jam pun, bayar RM55 jugak. Kalau kat KL, ada hotel yang 4 jam day use pun dah RM60.




Time ni dah lepas jalan kaki dalam 5 minit daripada pekan Mersing Hotel tadi. Setakat 5 minit jalan jer pun, nak ambik teksi pun tak guna. Macam la dah tua sangat..haha..




Memandangkan kitorang amik pakej, jadinya kena la pergi register dulu. Tapi servis Sun Beach Resort ni sangat friendly dan mesra alam.




Dah lepas register amik tiket semua, kena tunggu bot pulak. Memula takde la ramai sangat.




Makin lama makin ramai orang datang. Hamek ko..Dah rasa macam bukan kat Malaysia pulak. Penuh dengan Mat Salleh yang datang dari negara yang tak cakap Bahasa Melayu.




Tunggu bot ferry sikit punya lama. Diorang kata pukul 1pm feri datang. Dekat pukul 2.30pm baru bot muncul.  Ada Mat Salleh yang 2-3 kali pergi tanya guard kat Jeti tu bila feri nak datang. Tak sabar betul diorang. So bila feri muncul jer, berduyun-duyun orang menyerbu pintu gate feri tu termasuklah aku.




Ni la keadaannya dalam Feri nak pergi ke Pulau Tioman. Kerusi dia tinggi sangat la, nak tengok cerita kat TV tu pun tak nampak.Pasang pulak cerita Van Damme bertomoi kat Siam. Memula aku tengok layan jugak, lepas tu kepala orang depan pulak block aku punya view. Huhh..malas aku nak teleng-teleng kepala pulak nak tengok TV punya pasal.




Tingkap pun tinggi jugak. Jenuh melangut aku nak tengok luar tingkap. Mat Salleh takperlah diorang dah memang tinggi. Last-last aku tido jer dalam feri tu.




Orang bawak GPS time nak bawak kereta. Aku pergi bawak time naik Feri..haha..tapi best jugak tengok kereta bergerak atas air. Tapi kelajuan maksimum feri cuma 30km/h je. Time berlepas daripada pelabuhan lagi la slow 11km/h. Mujur jugak aku tak mabuk laut. Tapi syok gak tido dalam feri.




Setelah 2 jam bergoyang di atas feri, akhirnya sampailah aku di perhentian pertama bot feri aku. Baru aku tahu, rupanya ada banyak lagi perhentian yang bot ni kena pergi. Mat-mat salleh yang ramai-ramai tu semuanya nak pergi perhentian last, kalau tak salah aku nama tempat tu Kampung Salang. Perhentian pertama ni nama dia Kampung Genting. Teringat kat Genting Highland pulak..haha..




Posing sikit depan Kampung Genting ni. Tengok la air laut kat bawah tu, bukan senang nak tengok air laut sejernih tu. Biasa aku pergi PD jer, airnya  keruh semacam jer.




Mari kita pergi tengok Sun Beach Resort..



Sebelah kanan tu la bilik kitorang honeymoon. Mari kita tengok apa ada kat dalam.




Dinding kayu jer dengan lantai simen. Macam rumah kampung pun ada kan? Tapi katil dia la yang aku tak berapa berkenan, bila baring atas katil tu terasa dia punya spring, bunyi pulak tu. Haiyaa..BTW, dalam bilik ni TV pun takde, lampu pun lampu mentol kuning. Tapi apa boleh buat, bajet punya pakej.






Yg bilik kat hujung tu la pakej bilik honeymoon. Tapi kalau aku nak amik yang tu, aku kena tambah lagi RM700, pakej 3 hari 2 malam dia RM1,400++. Mungkin bila aku dah mampu nanti la aku try bilik tu, ada semua benda, Astro TV, katil empuk dengan view laut daripada balkoni.




Persetankan semua itu dulu. Mari kita minum dulu air oren free daripada penyambut tetamu Sun Beach Resort. Penat woo naik bot feri tu. Terasa lapar la pulak.




Sun Beach takde kasi makanan, so terpaksa la carik sendiri. Nasib baik ada kedai dekat jer dengan area resort tu. Order la nasi goreng. Pedas giler, aku makan separuh jer. Dah ler banyak lalat kat kedai tu.




Aku order la teh O ais, pekat semacam. Sekali tu satu perkara tidak terduga berlaku. Aku sedut la air teh o ais tu, sekali tu time nak telan aku terasa sesuatu kat lidah aku. Aku pun ludah la. Sekali tu, seekor lalat tergelimpang kat atas meja. Iyeekkkkk!!!!!!




TIDAKK!!! Aku minum air lalat ke?? Lalat tu boleh siap terbangun dari tido pastuh terbang balik. Terus aku dah tak minum dan ban terus kedai makan ni. Tak nak aku jejak kaki kat situ lagi dah. Bayar dulu pastu balik bilik nak rehat jap.




Tapi sebelum balik rehat, pergi sewa dulu life jaket dgn mask untuk aktiviti snorkeling esoknya. Dah naik harga la pulak, dulu aku dengar RM12 jer untuk sewa dua benda ni. Sekarang dah RM15 dah. Bayar lagi..Nak tahu satu benda tak, betul-betul kat depan kedai tu ada kubur tau. Ntah kubur sapa ntah, tanya kat minah kaunter tu dia kata area situ memang dulu tempat perkuburan. Hah sudah!! Camner nak tido malam karang??Kang terdengar bunyi apa-apa karang..tapi syukurlah takde apa2 pun berlaku..huhu..




Terlajak tido pulak aku petang tu, dah dekat pukul 7pm lebih baru nak keluar mandi laut. Kalau orang tua-tua kata time dekat nak maghrib tak elok main kat luar. Tapi orang tua takde, selamberia jer la..haha..Aku pun saja la testing la life jacket dgn mask snorkeling, lari pastuh terus terjun laut depan bilik aku. Dalam jugak laut kat depan tu walaupun baru berapa meter masuk.




Sempat jugak la berposing dulu dengan bini sebelum masuk bilik solat maghrib pastuh bersedia nak pergi makan malam pulak. Korang perasan tak papan tanda Sun Beach Resort dah takde kat atap yang kat tepi laut tu? Agaknya dah kena curik kut. Tak pun dah kena bedal dengan ombak kuat habis pecah. Lupa pulak aku nak tanya si Syam manager resort tu.




Makan malam kat restoran atas bukit sikit. Kena bukak kasut dulu baru naik. Lantai dia lantai kayu tuh, jalan sikit dah gegar satu tempat makan tu. Makan memang best la, 2 orang jer tapi lauk ada 3-4 jenis. Ada TV 32 inci flat skrin dengan Channel Astro. Kalau ada Astro kat dalam bilik kan lagi best.

Waktu kitorang datang ke Sun Beach ni, ada lebih kurang 4 couple datang. Semuanya ada inai lagi la kat tangan kaki semua. Inai aku dah pudar sikit la tapi nampak la jugak. Boleh pulak ada sorang minah ni datang holiday sengsorang. Katanya nak habiskan annual leave.

Malas aku nak sibuk-sibuk hal minah tuh. Layan bini lagi best. Habis makan jer terus balik bilik unpack barang semua pastuh bersenam sikit sebelum tido..hehe..

Letih la pulak aku menaip ni. Biar aku tunjuk gambar-gambar jerlah:




Gambar panorama pemandangan aku ambik guna kamerafon aku.



Sun Beach Resort.
Galeri gambar:

Sabtu, 10 April 2010

Rosyam Noor dan Farah AF di Mydin Hypermarket USJ

Pada 19/3 yang lalu, bini aku ajak pergi makan kat satu restoran berangkai JM Bariani cawangan di Mydin USJ. So, lepas kerja aku pun bergegas ke sana sebab dah lapar kan..Sesampai jer kat sana, makan la nasi bariani ayam..fuhh..memang sedap. Tapi kadar kolestrol kalau ditengok pada tahap minyak kat lauk ayam dia sangat la tinggi. Memang tidak digalakkan la untuk orang yang sudah berkolestrol tinggi.

So lepas habis jer makan nasi bariani JM Bariani, ada apointment dengan bakal penyewa rumah sewa kepunyaan pakcik bini aku di USJ 6. Sampai je kat ruang legar Mydin USJ, kitorang perasan la ada majlis tengah nak start. Mulanya kitorang takde la cam ambik kisah sangat pun, baru je nak gerak tiba2 muncul la artis yang tersangatlah glamer sehinggakan bini aku sanggup patah balik dan tunggu sampai acara bermula. Artis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan Rosyam Noor:



Kalau sapa2 yang tahu pasal Power Root atau pernah tengok iklan Power Root, mestilah kenal Rosyam dengan Farah AF kan? Diorang datang sebab ada penyampaian hadiah pemenang Power Root. Aku pernah minum tongkat ali power root 6 tahun lepas, terus tak nak minum dah sebab tak sedap..haha..


Bini aku yang tersayang adalah peminat nombor satu Rosyam Noor ni. Katanya Rosyam Noor ni sangat hensem. Hakikatnya, aku merasakan Rosyam Noor ni biasa jer malah aku jauh lebih HEMSEM daripada Rosyam ni..hahaha...

Dah habis En. Rosyam memberikan sepatah dua kata, tiba pula giliran Farah AF untuk memberikan persembahan. Sememangnya si Farah AF ni memang best persembahan dia:


Tengoklah aksi bertenaga si Farah ni. Perghh..memang meremang bulu roma..huhu..Interaksi dia dengan penonton pun okay. Siap lambai-lambai tangan kat aku walaupun bini aku kat sebelah aku jer..akakaka..

Aku takde balas balik lambaian Farah AF, yerlah bini kat sebelah. Kononnya buat-buat jual mahal kan. Sekali tu, si Farah AF ni turun ke bawah pentas pulak time dia tengah nyanyi tu.


Tu dia, dia datang pulak..Aku time tu dah cuak dah. Maunya dia tarik aku naik atas pentas suruh berjoget, mampuihh aku...Nasib baik dia pergi cuit ada sorang budak kecik kat depan aku..hahaha..Dapat la jugak aku tengok muka Farah AF ni dengan dekat. Punya tebal dia punya mekap beb..tapi tebal-tebal pun, nampak jugak jerawat dia..kuikuikui...

Okaylah..saja jer mengupdate blog ni. Dah penat-penat buat draf tapi tak publish. Apa barang kan?

Adioss..

Isnin, 29 Mac 2010

Aku Kini Bergelar Suami

10 hari menjelang tarikh nikah aku, walid tak sempat nak bersama. Ummi aku pun tak dapat nak datang saat-saat nikah dan juga majlis perkahwinan aku. Apa nak buat, semua tu suratan takdir ilahi. Apa pun, yang penting aku kini dah bergelar suami sebelum umur aku 30 tahun. Dulu sebenarnya aku nak ikut sunnah nabi, kahwin umur 25 tahun. Tapi mungkin jodoh tak kesampaian lagi, terpaksa dianjakkan 3 tahun kemudian. Siap adik aku kahwin dulu tu..

Aku sebenarnya nak tulis jugak pasal debaran nak akad nikah tu semua, tapi macam malas la pulak nak cerita. Apa pun, alhamdulillah aku sekali lafaz jer. Cuma yang aku perasan, time aku nak akad nikah tu, tok kadi dan juga bapa mertua aku macam tak tengok sangat muka aku. Aku punya la beria buat muka konfiden semua, siap sepupu aku pakaikan make-up foundation lagi kasi cover semua parut jerawat aku. Agaknya diorang tak nak kasi aku nervous kut.

Apa pun, inilah hasilnya:




Berjalan masuk dengan penuh gayanya..haha



Merenung masa depan kewangan aku..



Aku memandang tok kadi, tapi tok kadi duk tengok dokumen pulak..



Aku terima nikahnya..



Perasan tak semua orang pandang bawah??



Sain, jangan tak sain..sijil nikah yang sah ni..



Bagi duit kat bini..



Keluarga baru aku..



Keluar majalah tu wedding aku..ekeke..

Banyak lagi gambar-gambar aku kalau korang nak tengok. Tapi ada dalam Facebook bini aku. Facebook aku, aku tak tahu kenapa aku macam malas nak update sangat.

Setelah lebih 3 bulan kehidupan setelah berkahwin ni, hidup aku takde la huru-hara macam sebelum kahwin dulu. Cuma sekarang ni kalau nak buat keputusan apa-apa, kena rujuk dengan bini dululah. Kang kalau tak rujuk, marah/merajuk la pulak, betul tak?

Adioss..

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...