Kenapa Banyak Sangat Penipu Dlm Fon Sekarang Ni?

Aku Jumaat lepas tersangat la hangin. Aku dapat 2 call daripada telemarketer yang berbeza. Hari ni hari ahad pun aku dapat 2 call marketing. Aku dulu pun tele-marketers jugak, aku memang kerja buat marketing pun tapi aku marah betul kalau orang marketing ni menipu. Aku tengok Melodi tadi pun, duk citer pasal penipu. Bapak aku semlm pun baru kena tipu RM300 beli phone Nokia N95 2nd hand. Bila balik rumah, baru tahu phone tu rupanya housing jer, dalam isi pemberat jer. Bapak aku hangin la tapi bapak aku jenis yang hangin tapi simpan, kire duit burn gitu jer.

Jumaat: Call Pertama 4.55pm (No phone +0162613484)

Perkenalkan diri daripada syarikat Malaysian Reward Center, mengaku sebagai syarikat yang menguruskan semua kad-kad tebus point sama ada Kad Tesco, Kad Mydin, Kad Mesra, Kad Real Reward, Kad Bonuslink dan sebagainya. Tapi yang musykilnya, dia tak mintak pulak no kad aku ke. Aku pun mengaku la aku ada kad Mesra Real Reward tapi kad aku takde kat tangan aku, mana ntah aku letak. Dia cakap la kad aku s'kang ni dah lebih 500 point so aku di offer la voucher 3 hari 2 malam untuk menginap di hotel2 di Malaysia ni.

Alih-alih terus tanya kad kredit aku aktif tak aktif, dia sebut betul 8 digit pertama kad aku. Kemudian utk verification, dia tanya aku punya bulan expiry dan 8 lg digit kad kredit aku. Aku pun sebut la nombor yg tipu punya just nak tgk apa tindakan selanjutnya. Dia pun kata, aku dah boleh kutip voucher free kat ofis dia.

Tiba-tiba, dia tanya aku ni umur berapa, bujang ke dah kawin. Aku jawab la aku bujang, dia pun explain kata voucher tu untuk 4 orang, so aku kena bawak la sesapa family aku. Aku ckp, tak berminat la..Dia ugut aku cakap akan potong point aku sebanyak 500 yg bernilai RM500 nak kasi kat orang lain. Aku ckp, lantak la ko nak potong ke apa ker, aku tak berminat. Dia pun letak fon. Yang call ni okay lagi la, walaupun aku tahu dia menipu. Apsal lak aku punya point dia nak potong, apa ke punya bodoh company yang buat kad tu nak kasi company tu potong point org. Betul tak?

Jumaat: Call Kedua 5.28pm (No phone +60182741616)

Yang ini yang aku paling hangin, dia kata dia daripada syarikat apa ntah aku tak ingat. Dia kata dia nak verify kad kredit aku sebab ada apa ntah dia nak kasi. Dia sebut betul 8 no pertama kad kredit aku (siap tanya aku aku punya kad yg mana satu, betul pulak tu aku ada kad tu..cibai betul). Aku pun sambung la no kad kredit aku (aku jadi bodoh pulak kali ni) yg seterusnya. Lepas tu dia suruh tengok belakang kad aku pastuh suruh aku bacakan no. membership yang 3 digit tu.

Aku terkejut la, apa hal pulak no. 3 digit belakang kad kredit tu no. membership? Yang tu security kod kad kredit kalau nak buat transaksi online. Dia ingat aku bangang ke apa, dia tanya aku lagi kenapa aku tak nak bagitahu kod tu, aku dgn hati yang membuak-buak marah pun jawab balik kat dia "Sebab saya tak nak bagitahu!!", terus saya letak fon. Giler betul la s'kang ni orang nak menipu nak duit orang. Teruk sangat ke ekonomi s'kang ni sampai nak kena menipu orang nak dapat duit.

Ahad: Call Ketiga 12:19pm (+60123995923)

Perkenalkan diri daripada syarikat Dairy Farm, terus aku Google pastuh jumpa Prestige Dairy Farm. Nasib baik lagi ada website. Tanya aku berminat tak nak buat bisnes ladang dan penternakan. Aku jawab, tak berminatlah. Nasib baik dia tak pujuk ke ayat aku lagi lepas tu. Terus letak fon.

Ahad: Call Keempat 12:54pm (+60162613486)

Syarikat yang sama macam call yang pertama cuma orang lain yang call. Aku cakap lebih kurang, pastuh aku tipu dia nama aku Ali, aku takde duit, aku ni miskin, aku ni baru 21 tahun. Pastuh aku letak. Hangin satu badan aku..

Aku tak paham betul kenapa aku dapat call-call ni. Aku rasa la kan, ada orang jual aku punya nombor kat diorang ni. Aku suspect, syarikat kad kredit yang jahat ni yg jual database diorang. Kad kredit ni bukannya tak bagus, banyak kegunaannya, tapi kalau salah guna yg jadi hamlau nih. Aku nak carik software la install kat phone aku kasi ban semua nombor2 ni daripada call aku. Cibai betullah!!!!

You Might Also Like

0 komen